Seorang penganggur berusia 42 tahun dari Johor Bahru menjadi mangsa penipuan skim pelaburan sehingga kerugian hampir satu juta ringgit.
Dia dijanjikan pulangan mewah dalam masa sejam oleh seorang scammer warga asing yang dikenalinya di laman sosial.
Baca Juga:
- Scammer Untung RM4.5 Juta Selepas Jual Tiket Coldplay Palsu Di Indonesia
- Wanita Ini Bongkar Kegiatan Scammer Menjual Tiket Konsert Artis Popular Di Media Sosial
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mendedahkan, mangsa melaporkan kejadian itu selepas menyedari dirinya terpedaya dengan skim penipuan tersebut.
Scammer itu beroperasi di bawah nama pelaburan bitcoin yang menawarkan pulangan 60% dalam tempoh masa 60 minit melalui aplikasi dalam talian.
Beliau yang berputih mata dengan keuntungan yang dijanjikan melakukan 126 transaksi, berjumlah RM989,170.44 selepas memuat turun aplikasi daripada pautan yang diberikan.
Bagaimanapun, apabila mangsa cuba mengeluarkan modal yang dilaburkan dan keuntungan yang dijanjikan, dia mendapati akaunnya disekat.
Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan mendorong penyerahan harta secara tidak jujur.
Hukuman bagi kesalahan ini termasuk penjara sehingga 10 tahun, sebat, dan denda.