Keterujaan peminat setia G-Dragon di Malaysia untuk membeli tiket konsert penyanyi terkenal Korea Selatan itu yang dijadualkan berlangsung pada 19-20 Julai di Axiata Arena bertukar menjadi kisah kontroversi.
Jualan awal tiket telah dibuka pada 26 Mei dari jam 4 petang hingga tengah malam dan akan disusuli dengan jualan awal khas Hong Leong Bank yang bermula 27 Mei pada jam 3 petang.
Baca Juga:
- Lisa Blackpink: Bagaimana Seorang Rakyat Thailand Mampu Menjadi Ikon KPOP?
- Jungkook BTS Masuk Latihan Tentera, Peminat Sedih Tak Dapat Tengok Aksi Dia Lipat Seluar Dalam Lagi
- Artis K-Pop Ini Dipuji Ramai, Tunda ‘Show’ Seketika Untuk Penonton Tunaikan Solat Maghrib Terlebih Dahulu
Penganjur Konsert G-Dragon Jadi Sasaran
Namun, sebaik sahaja jualan awal dibuka, peminat meluahkan rasa kecewa dan marah apabila laman sesawang penjualan tiket kerap tergendala serta mengalami masalah teknikal.
Keadaan yang menunjukkan kelemahan daripada pihak penganjur dalam menangani perkara ini.

Peminat ‘King of K-Pop‘ itu bukan sahaja kecewa dengan perkhidmatan dalam talian kerap mengalami gangguan, malah mereka turut mendapati bahawa sebahagian besar tiket jualan awal didakwa telah dibeli oleh peminat dari luar negara.
Lebih menyemarakkan lagi api kemarahan mereka, sudah ada ‘scalper’ yang menjual semula tiket tersebut dengan harga yang tidak masuk akal.
Menurut sumber laporan Hype, sebahagian besar peminat G-Dragon di Malaysia meluahkan ketidakpuasan hati mereka berhubung isu tersebut.
Menurut salah seorang peminat, kebanyakan tiket jualan awal didakwa telah dibeli oleh pembeli dari luar negara yang menggunakan kaedah pintasan untuk menyekat alamat IP dari Malaysia.
“Ia sangat mengejutkan dan amat mengecewakan. Bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku? Tiket-tiket ini tidak dijual dengan cara yang adil.”
Tinjauan di laman X juga memperlihatkan banyak rungutan daripada peminat G-Dragon berkenaan dengan masalah ini.
Sehubungan dengan itu, The Vocket turut berkesempatan menemubual salah seorang peminat G-Dragon untuk mendapatkan respon daripada beliau.
“Memang perkara ini tidak seharusnya berlaku, penjualan tiket yang memang sangat tidak adil.”

”Saya rasa ramai bersetuju sekiranya konsert ini dibatalkan sahaja daripada peminat di Malaysia dilayan sebegini.”
“Ada ‘scalper’ yang jual semula tiket ini pun sudah sama seperti harga kereta ‘secondhand’. Sepatutnya penganjur perlu buka penjualan tiket ini kepada rakyat Malaysia terlebih dahulu.”
G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji-yong adalah merupakan ikon paling berpengaruh dalam dunia K-Pop.
Selain dikenali sebagai ketua kumpulan BIGBANG, gaya fesyen dan bakat muzik yang luar biasa menjadikannya sebagai fenomena seluruh dunia.