Setiap kali tibanya bulan Ramadan, rakyat Malaysia tidak akan melepaskan peluang untuk membeli juadah di bazar Ramadan. Kiranya sudah menjadi aktiviti wajib tahunan untuk kebanyakan rakyat Malaysia.
Akan tetapi, penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia dan membimbangkan terutama sekali di Malaysia membuatkan kerajaan negeri Selangor mengambil keputusan untuk membatalkan penganjuran bazar Ramadan di seluruh Selangor.
Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari ketika sidang media pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0 semalam.
Menurutnya, pembatalan penganjuran bazar Ramadan diputuskan buat masa ini susulan penularan wabak COVID-19 dan jika pihak Kementerian Kesihatan Malaysia membenarkan penganjuran bazar Ramadan kelak, maka ia akan dianjurkan nanti.
Tambahnya lagi, kemungkinan akan ada bazar Ramadan secara dalam talian mengikut arus teknologi dan ianya mungkin boleh dilaksanakan dengan melihat keupayaan penghantaran secara dalam talian.
Bukan sahaja di Selangor, tetapi bazar Ramadan di Negeri Sembilan dan Terengganu turut dibatalkan. Diharap anda di luar sana akan patuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dijalankan untuk membantu membendung penularan wabak COVID-19.
Sementara itu, baca 9 inisiatif Selangor Prihatin yang diumumkan Menteri Besar Selangor semalam pada pautan di bawah ini.
9 Inisiatif Selangor Prihatin Berjumlah RM127.78 Juta Yang Bakal Manfaatkan Rakyat
80,000 Penjaja Dan Peniaga Di Selangor Bakal Terima Bantuan RM500
Bekas Menteri Kesihatan, Dr Dzul Dilantik Ketuai ‘Task Force’ Tangani COVID-19 Di Selangor