Tahun lalu hangat diperkatakan apabila filem seram Roh (2020) arahan Emir Ezwan tercalon dalam kategori Filem Antarabangsa sekaligus mewakili Malaysia ke acara Anugerah Oscar ke-93, lapor kenyataan Finas.
Walau bagaimanapun, filem Roh dilaporkan tidak berjaya tersenarai pendek top 15 filem terbaik antarabangsa untuk pencalonan bagi Anugerah Oscar seperti dilaporkan akhbar The Star. Namun begitu, filem Roh ini telah dipuji sebagai karya agung yang ‘amazing’ oleh salah seorang pengarah filem British, Edgar Wright.

The recently watched (and rewatched pile) from this year to date. Other films watched in 2021 so far are as follows…(*Denotes first watch) pic.twitter.com/o2mg4EUOkE
— edgarwright (@edgarwright) March 2, 2021
Bagi yang belum tahu, Edgar merupakan pengarah filem yang popular dengan karya filem beliau bertajuk Shaun of the Dead (2004) dan beberapa filem hebat Hollywood yang lain antaranya Scott Pilgrim vs. the World dan Baby Driver Terbaharu, menerusi ciapan di Twitter, Edgar berkongsi untaian yang berkaitan dengan senarai pendek filem kegemaran yang telah beliau tonton dan salah satunya ialah filem Roh.
OPEN DOOR (2019)*
THE PAINTER AND THE THIEF (2020)*
PANDORA AND THE FLYING DUTCHMAN (1951)*
PASSING (2021)*
QUO VADIS AIDA (2020)*
THE REVENGE OF FRANKENSTEIN (1958)
ROH 2020)*
SCALES (2019)*
SEX LIES AND VIDEOTAPE (1989)
SON OF FRANKENSTEIN (1939)*
SONG WITHOUT A NAME (2019)*— edgarwright (@edgarwright) March 2, 2021
Menjadi kebanggaan segelintir netizen di Twitter apabila filem Roh karya anak watan ini turut ditonton oleh pengarah terkenal Edgar Wright. Lantaran itu, ada beberapa netizen mengulang kicau ciapan yang dikirim Edgar berserta kapsyen dan meletakkan tag akaun Twitter Kuman Pictures iaitu produksi yang menerbitkan filem ini.
THE FACT THAT THE EDGAR WRIGHT GAVE A SHOUTOUT TO MALAYSIAN FILM ROH IS AMAZING NOW I WANNA WATCH https://t.co/566EuVWgdq
— hellolqmn (@helloluqman) March 4, 2021
Edgar Wright watched ROH?!?! Malaysian represent! 🔥 Congrats @KumanPictures https://t.co/NtXPtnqM6B
— Aina Zamira Adnan (@ainazamira) March 3, 2021
Terharunya apabila Kuman Pictures juga perasaan ciapan yang dihantar Edgar itu sambil mereka membalas dengan komen dalam bahasa Inggeris “Terima kasih kerana sudi menonton Roh” berserta emoji berbentuk hati. Ciapan itu dibalas kembali oleh Edgar dengan mengatakan tahniah serta berkata bahawa filem Roh sebagai satu karya filem yang amazing.
Thank you once again! Much appreciated & may our paths someday cross. https://t.co/crEvxQt9De
— Kuman Pictures (@KumanPictures) March 2, 2021
Walaupun filem Roh terkeluar dari senarai pencalonan Anugerah Oscar tetapi sekurang-kurangnya filem ini tersenarai dalam kategori filem kegemaran pengarah Edgar Wright sudah membanggakan kita. Malah, ini sedikit memberikan gambaran bahawa karya filem Malaysia diterima dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Jika Edgar Wright sudah menonton filem Roh, bagaimana pula dengan anda? Anda boleh menonton filem ini menerusi penstriman MUBI.
Gara-gara satu ciapan daripada Tom Holland, ‘Cybertrooper’ India mahu boikot filem lakonan beliau. Baca lanjut pada pautan di bawah.
Cybertrooper India Mahu Boikot Filem Tom Holland Akibat Ciapan Dari ‘Tom Holland’ Versi Berbeza
Finas Umum Filem ‘Roh’ Terpilih Wakili Malaysia Untuk Bertanding Di Anugerah Oscar
Ini Antara Filem Menarik Yang Menanti Anda Di Pawagam Bermula 5 Mac 2021