Semalam, kecoh di media sosial berhubung tindakan seorang pengawal keselamatan di sebuah hospital kerajaan yang sengaja mengenakan caj parkir berjumlah RM50 terhadap seorang warga emas.
Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @allyszackry, anak kepada warga emas itu tampil bersemuka dengan pengawal keselamatan terbabit dalam mendapatkan semula wang parkir yang dibayar sebelum itu.
Pemilik akaun malah mendedahkan ini merupakan kali ke-2 buat ibunya yang dikenakan caj yang sama.
“Mak sudah kena semalam. Hari ini saya memang pergi cari sebab kali kedua dia minta lagi. Memang mudah buat duit, siap pulangkan balik duit sebab takut saya laporkan kepada pihak polis atas kesalahan pemerasan dan ugutan terhadap orang tua saya.
“Hati-hati, sasarannya warga emas dan orang luar. Alasannya, parkir itu adalah untuk staf dan dikenakan bayaran RM50, jika tidak, kenderaan akan dikenakan ‘clamp’ (dikepit). Mak saya dah terkena, berderau darah,” tulisnya dalam kapsyen video berkenaan.
@allyszackry_ Alang2 ramai dah kena ni lah muka dia hati hati bila pergi hospital kajang , nama dia MANUSHA , target dia orang tua orang luar. alasan dia adalah parking staf dan untuk claim atau bayar dia duit rm50 kalau tidak clamp kete!! mak aku kene berderau darah..#pdrmmalaysia #hospitalkajang
Video yang tular telah mengundang kecaman netizen terhadap sikap pengawal yang sengaja mengenakan caj untuk parkir tersebut apatah lagi apabila ia sudah jadi berulang-kali.
Ramai meminta agar pihak mangsa melaporkan insiden itu kepada pihak berkuasa dalam membasmi budaya ‘pau’ untuk parkir sebegini disamping menjadi pengajaran buat orang ramai.
Kejadian berlaku di Hospital Kajang. Kalau betul salah parking dekat situ kenapa tak clamp je awal-awal. Guard pun macam saje je mintak duit tepi? 😅 pic.twitter.com/3sg2hQUDoa
— kamaghul deghaman (@kamaghul) May 18, 2025
Dalam masa sama, netizen turut mendedahkan pengawal yang sama cuba meminta wang kopi daripada seorang YouTuber yang kebetulan dirakam secara senyap-senyap pada tempoh hari lalu.