Pada beberapa hari lalu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah tampil menafikan dakwaan seorang ejen insurans mengenai kelewatan pesakit mendapat rawatan kecemasan di sebuah hospital kerajaan.

Menerusi kenyataan rasmi dikeluarkan, pesakit didapati telah mendapat mendapatkan rawatan seawal 10.30 malam. Bukanlah pada pukul 3.00 pagi seperti didakwa ejen insurans tersebut.

Baca Juga:

‘Hospital Kerajaan Lambat Beri Rawatan Kecemasan’ – KKM Tampil Nafi Dakwaan Ejen Insurans

Terbaharu, syarikat insurans tampil dengan satu kenyataan rasmi di mana pihaknya sedang menyiasat berhubung isu terbabit.

“Kami mengambil maklum mengenai hantaran media sosial oleh salah seorang Perancang Hayat (ejen) kami berkenaan pelanggan yang mendapatkan rawatan perubatan di sebuah hospital kerajaan yang telah mendapat perhatian ramai.

“Kami sedang menyiasa perkara tersebut dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap sebarang kelakuan tidak wajar,” petik kenyataan rasmi syarikat insurans itu.

Sumber Gambar: IG Story AIA Malaysia

Sementara itu, syarikat itu juga memuji komited pihak hospital kerajaan yang komited dalam menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai.

“Sebagai sebuah syarikat, kami amat menghormati hospital-hospital kerajaan dan menghargai tugas-tugas yang dilaksanakan mereka dalam menyediakan perkhidmatan kepada komuniti,” jelas syarikat tersebut.