Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil menafikan dakwaan seorang ejen insurans mengenai seorang client milik bos beliau lambat mendapat rawatan kecemasan di sebuah hospital kerajaan.
Menerusi kenyataan rasmi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) yang dimuat naik menerusi akaun X.com KKM, pengurusan HSAJB mengambil maklum berkaitan dengan hantaran yang tular itu.
Baca Juga:
- ‘Akak Insurans’ Tak Wujud, Wanita Ini Rugi Lebih RM90,000 Ditipu Sejak 2012
- Syarikat Insurans Di Malaysia Tawarkan Kerja Kosong Sebagai ‘Penari Tiktok’ Dengan Gaji Sehingga RM10,000
- Gara-Gara Mahu Tuntut Insurans, Suami Disyaki Dalang Rompakan Ke Atas Isteri Sendiri
“Pihak pengurusan hospital telah membuat siasatan dalaman berkenaan dengan isu tersebut dan menafikan dakwaan pesakit lewat menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma (JKT) HSAJB.
Kenyataan Media
Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) Nafi Pesakit Lambat Terima Rawatan Di Jabatan Kecemasan Dan Trauma https://t.co/OOaKq5ITMf pic.twitter.com/6aUfGvTs4Q
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) March 19, 2024
“Pesakit telah didaftar di JKT pada 10.33 malam dan diambil tanda vital di Zon Hijau pada jam 10.45 malam. Rawatan awal (splinting) telah diberikan kepada pesakit pada 11.00 malam sebelum Pegawai Perubatan melihat pesakit pada jam 3.30 pagi.
“Susulan itu, pesakit dirujuk kepada Pegawai Perubatan dari Jabtan Ortopedik pada jam 4.10 pagi. Pesakit didiagnos dengan kepatahan tulang clavicle (tulang selangka),” petik kenyataan rasmi.
Menurut KKM lagi, Pegawai Perubatan tersebut juga telah memberikan rawatan conservative dan pemberian janji temu rawatan susulan pada 24 Mac 2024 (Rabu) jam 8 pagi di Klinik Ortopedik.
Pesakit juga dibenarkan discaj dengan Sijil Cuti Sakit dan dibekalkan ubat tahan sakit.
“Pihak hospital memandang serius berkenaan perkara tersebut dan sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada orang awam yang hadir ke HSAJB untuk menerima rawatan,” petik kenyataan Pengarah HSAJB.
Terdahulu, tular rangkaian hantaran di platform X.com dikongsikan seorang ejen insurans mengenai pengalamanan salah seorang client milik bosnya yang lambat menerima rawatan kecederaan patah bahu semasa berada di hospital kerajaan.