Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour menyatakan pertimbangan satu klausa khas untuk pelan Insurans dan Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) Asas.

Menerusi satu temu bual eksklusif bersama Berita Harian, Abdul Rasheed berkata pihak berkuasa sedang merangka pengenalan mekanisme ‘no look-back‘ bagi melindungi hak pengguna.

Baca Juga:

Di mana klausa tersebut merupakan satu tempoh perlindungan berterusan dipersetujui, syarikat insurans dan pengendali takaful tidak lagi dibenarkan menolak tuntutan pesakit atas alasan penyakit sedia ada — sekaligus akan menghalang penolakan tuntutan berikutan kegagalan pendedahan penyakit masa lalu.

“Bagi pemegang polisi, ini memberikan kepastian jangka panjang dan keyakinan perlindungan mereka akan terpelihara apabila mereka memerlukannya,” katanya kepada BH dalam satu temu bual eksklusif, baru-baru ini.

Pelan yang dikawal selia itu bertujuan menawarkan tahap perlindungan yang jauh lebih inklusif buat segenap lapisan rakyat.

Beliau turut menegaskan Pelan MHIT Asas bertujuan memperluas akses kepada perlindungan perubatan, termasuk bagi individu yang mempunyai penyakit sedia ada namun stabil dan terkawal.

Buat masa ini BNM sedang memuktamadkan mekanisme itu bersama maklum balas daripada pihak industri dan pakar perubatan, petik laporan itu lagi.

Sumber