Rakyat Malaysia sangat beruntung apabila hanya perlu membayar seringgit sahaja untuk mendapatkan ubat-ubatan untuk segala penyakit.

Namun, hantaran seorang pengguna di platform X yang mana menjual ubat-ubatan membabitkan HIV yang diterima daripada sebuah hospital kerajaan ternyata mengundang kecaman netizen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Untuk makluman, ubatan-ubatan seperti Highly Active Antiretroviral Therapy (HAART) ini diklasifikasi sebagai terkawal kerana perlu diawasi pengambilan berdasarkan khidmat nasihat oleh doktor dan ahli farmasi yang terlatih dalam bidang rawatan HIV.

Difahamkan beliau mahu menjual ubat HIV itu atas alasan ramai yang mengadu terputus bekalan. Beliau juga bertindak sedemikian selepas mahu berikhtiar dengan rawatan alternatif lain menerusi ciapan sebelumnya.

Netizen lantas menempelak tindakan individu itu yang berniat menjual ubat-ubatan yang diterima kerana sudah menyalahi undang-undang dan dikira tidak bertanggungjawab mengambil hak pesakit lain.

Bukan itu sahaja, sebahagian pengguna maya mendedahkan bahawa harga perubatan melibatkan HIV boleh mencecah ribuan ringgit bagi seorang pesakit.

Malah, sebuah NGO iaitu MyKasih turut memberi respons dengan meminta beliau untuk memulangkan semula ubat-ubatan jika tidak digunakan lagi.

Sumber