Bukanlah isu yang baru tetapi kini makin ramai peminta sedekah di lampu isyarat. Mesti anda pernah berhadapan dengan pengemis yang mengetuk cermin pintu kereta anda dan kadangkala bertindak agresif.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter @acaiijawe telah berkongsi di Twitter miliknya tentang isu lambakan peminta sedekah di lampu isyarat. Menurutnya, biasanya mereka ini sindiket pengemis dan juga mengaku sebagai seorang muslim tetapi hakikat sebenar sebaliknya.
Dah makin ramai peminta sedekah kat traffic light sekarang.
Biasanya mereka ni sindiket.
Berpakaian macam pak haji. Mengaku muslim tapi bila minta mengucap dan baca Al-Fatihah langsung tak tahu.
Bila nak bawa ke pusat zakat untuk bagi bantuan. Dia berkeras taknak dan lari. pic.twitter.com/92oyS25efk
— Faisal Rahim (@acaiijawe) September 30, 2021
Bukan itu sahaja, ada juga yang tidak mahu ke pusat zakat untuk menerima bantuan dan bertindak melarikan diri. Malah, para pengemis ini juga tidak akan memberikan nama dan maklumat seperti kad pengenalan serta tempat tinggal kerana takut maklumat dapat disemak dalam sistem.
Para pengemis ini juga akan melarikan diri jika mengetahui anda polis atau dari pusat zakat dan pusat kebajikan. Dalam hasil penangkapan sebelum ini, ada pengemis yang berjaya memungut hasil derma lebih RM300 sehari.
Semua Jabatan Agama Islam Negeri ada peruntukan dalam Enakmen untuk denda dan penjara bagi sesiapa yang memungut derma kecuali dengan kebenaran daripada Majlis Agama.
Semua derma akan diserahkan kepada Baitulmal.
Banyak kes kena tangkap sebelum ni. Dpt RM300 sehari tu biasa.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) September 30, 2021
Tambahnya, cara terbaik untuk membantu para pengemis ini adalah dengan tidak memberi sedekah kerana yang untung hanyalah bos mereka. Disebabkan memperoleh keuntungan, maka industri ini berkembang dan mungkin juga melibatkan pemerdagangan manusia.
Untuk pengetahuan anda, semua Jabatan Agama Islam Negeri ada peruntukan dalam Enakmen untuk denda dan penjara bagi sesiapa yang memungut derma kecuali dengan kebenaran daripada Majlis Agama. Malah, semua derma akan diserahkan kepada Baitulmal.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman berdepan dengan para pengemis ini yang bersikap kurang ajar jika tidak memberikan sedekah.
https://twitter.com/topeknjj/status/1443600682116796416
Tadi di McD Jalan Reko, dekat area drive thru Ada orang minta sedekah dengan isyarat tangan macam nak minta makan, yg aku perasa ada 2 orang dan memang pasti mereka satu pihak, sbb masa tu keluar dari surau Petronas (bersebelahan McD), tgh siap2 nak sambung kerja… https://t.co/s48nFzRZMN
— Firdaus🇵🇸 (@firdauzero) September 30, 2021
Sebab tu jangan bagi . Tak payah nak guna ayat ‘kita bagi je , betul ke tak antara kita dengan Tuhan’ . Dah memang benda ni sindiket . Kalau nak tolong, tolong orang yang kau tahu betul betul susah . https://t.co/8LR3HDGnTO
— Rul tukang rambut (@svshixxx) October 1, 2021
Belum lgi yg oku. Ketuk² tingkap minta duit. Tak bgi, dia pandang semacam. Seram hm. Kt pasar basah plak mesty ade yg minta derma personal & kononnya utk skolah pondok/rumah anak yatim. Tpi klau penguatkuasa dtg, confirm diorg takde. Pandai sungguh. https://t.co/fzUZ1apcWk
— Dry Flower (@dlynxh_) September 30, 2021
Malah, ada juga yang mengatakan para pengemis ini turut pandai memilih dengan meminta sedekah pada orang yang menaiki kereta mewah. Ada juga netizen berkongsi detik cemas apabila cermin pintu kereta diketuk.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan pengemis pada pautan di bawah ini.
Rakaman Wanita Ini Minta Sedekah Sambil Berjudi Cetus Perdebatan Antara Netizen
Polis Lahad Datu Tahan 9 Pengemis Untuk Siasatan, Bakal Berdepan Hukuman Denda RM10,000