Mulai dipopularkan oleh selebriti negara luar, siapa sangka sebuah lagi trend menjadi ikutan pengguna TikTok tempatan. Berbeza dengan trend sebelum ini yang menggunakan suara atau meniru tarian, aksi yang dinamakan sebagai non-player character (NPC) pada kali ini sering kali dijayakan menerusi TikTok Live.

Menerusi trend NPC, seseorang atau dua individu akan beraksi seakan sesebuah karakter anime atau adiwira serta menunjukkan reaksi setiap kali menerima gift.

Baca Juga:

Di sebalik perkongsian untuk berhibur ribuan penonton setiap kali melakukan live, terdapat netizen yang mendakwa tindakan yang dilakukan seolah menagih gift daripada orang ramai.

Sementara itu, terdapat juga netizen yang berpendapat skil dan dedikasi yang ditunjukkan berjaya membolehkan golongan ini menunggang trend yang sedang viral bagi meraih jumlah gift yang banyak. Berikut merupakan respon netizen terhadap trend NPC yang sedang tular.

Meraih jumlah gift yang tinggi membolehkan individu-individu ini meraih keuntungan menerusi live yang dijalankan. Menerusi tinjauan terbaru di aplikasi TikTok, trend ini berjaya mengumpul lebih 2,000 hingga 3,000 tontonan setiap kali menjalankan live.