Seorang pengguna Facebook mendakwa bahawa lagu Malam Pagi nyanyian Saixse mempunyai unsur lucah dan seolah mengajak anak muda Malaysia ke arah maksiat.

Di dalam catatannya di Facebook, beliau menyatakan bahawa maksud lagu tersebut seolah menceritakan tentang pemuda yang tidak beriman, bergelumang dengan maksiat dan mengubati hatinya dengan pergi ke kelab malam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau yang merasa bahawa lirik itu ditulis oleh yang tidak mendalami ilmu agama menambah dalam catatannya di Facebook bahawa dakwaan itu bukanlah satu fitnah.

“Ketika menulis tulisan ini, saya mencari klip videonya untuk mengesahkan kefahaman saya. (Saya cuba bertabayyun, tidak mahu memfitnah.) Dugaan saya benar. Lagu ini memang cabul. Ada babak tari-menari, berpesta, dan adegan berdua-duaan di atas katil dalam bilik antara lelaki dengan perempuan,” katanya.

Beliau turut menyentuh mengenai salah satu lirik; “Tonight is my night, Yea I’m gettin loose She wanted to drink so i gave her my juice.”

“Jika dicari di Google, yang keluar adalah lirik dengan baris lucah ini. Bayangkan jutaan peminat lagu ini, yang sebahagiannya terdiri daripada remaja dan kanak-kanak, diracuni pemikirannya dengan kefasiqan melampau.

“Daripada maklumat yang tertera di bawah kedua-dua versi, penyanyi dan penulis liriknya ialah Saixse dan MK K-Clique. Kedua-duanya Muslim. Tidak dapat dibayangkan bagaimana Muslim boleh terlibat menghasilkan lagu sekotor dan sejijik ini. Kamu tidak ada otakkah?!

“Semoga Allah melaknat orang yang terlibat merosakkan akhlak dan sahsiah remaja-remaja Islam dengan lagu-lagu seumpamanya. Hancur kamu di dunia dan hancur kamu di akhirat.”