Sebelum ini, kita boleh melayari ciapan tanpa sebarang had dalam seharian. Namun, pemilik Twitter kini mengambil langkah berbeza dalam membendung beberapa isu menerusinya.
Terkini, Elon Musk sekali lagi membuat kecoh apabila mencipta sebuah ciri baharu kepada semua pengguna Twitter.
Baca Juga:
- Netizen Geleng Kepala Lihat Pemuda Bergaji RM1,100 Nak Pakai Proton X70
- Risiko Sewa Rumah, Ini Sebab Mengapa Pentingnya Ambil Deposit Daripada Penyewa
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
Now to 10k, 1k & 0.5k
— Elon Musk (@elonmusk) July 1, 2023
Dengan ciri baharu ini, Twitter bakal mengehadkan atau membataskan bacaan ciapan kepada 10,000 hantaran sahaja sehari bagi pengguna yang mempunyai akaun disahkan (verified account) atau berbayar.
Sementara pengguna yang menggunakan akaun percuma pula mempunyai had bacaan 1,000 sehari. Akhir sekali, pengguna percuma yang baru sahaja menyertai platform Twiiter (akaun baharu) mempunyai had sebanyak 500 bacaan sehari.
Keputusan ini dibuat kerana Elon Musk mendakwa terdapat peningkatan secara ekstrem terhadap akses data serta manipulasi dalam sistem. Dengan berbuat sedemikian, difahamkan dapat menyelesaikan masalah tersebut.
Bagaimanapun, tindakan baharu ini mungkin bersifat sementara kerana beliau sering mengubah sesuatu perkara sesuka hati. Bahkan, beliau sebenarnya dilihat mahu memberi kelebihan kepada pengguna berbayar dengan harapan boleh menjana pendapatan.