Gara-gara tertarik dengan sebuah pelaburan dalam talian, seorang penghantar makanan berusia 50-an terpaksa menanggung kerugian sehingga RM75,300.

Menerusi laporan Awani, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata kejadian bermula apabila mangsa melihat sebuah iklan pelaburan yang menjanjikan pulangan yang lumayan di laman Facebook sebelum berhubung dengan seorang ejen bernama Susan melalui Whatsapp.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Suspek kemudiannya memasukkan mangsa ke dalam satu kumpulan Whatsapp atas nama Global Live Road Show dan meminta mangsa memuat turun aplikasi Bain Online serta membuat bayaran bagi memulakan pelaburan.

Mangsa difahamkan telah membuat pembayaran sebanyak enam kali ke dalam empat akaun syarikat tetapi mula merasa curiga apabila suspek memberikan pelbagai alasan setiap kali mangsa menghubunginya meminta untuk mengeluarkan wang pelaburan.

Tidak lama selepas itu, mangsa sedar yang beliau sudah ditipu membuat laporan polis di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.

Satu kertas siasatan telah dibuka dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.