Sejak masuknya bulan Ramadan pada 12 Mac lalu, umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia sudah mula mengerjakan ibadah puasa.

Namun, tidak dinafikan juga masih ada segelintir individu yang enggan berpuasa dengan sengaja seolah-olah tidak mengendahkan rukun Islam ketiga itu wajib dilakukan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Susulan itu, pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Islam Negeri pasti akan melakukan operasi ‘Ops Plastik Hitam’ setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki berlari sambil membawa plastik hitam dipercayai berisi makanan.

Lebih mencuri tumpuan apabila video yang dimuat naik di akaun TikTok @padgerik33300 itu memaparkan lelaki terbabit berlari lintang pukang dalam keadaan masih memakai topi keledar.

@padgerik33300

Laporan Dari Unit Penguatkuasa (OPS BARKOBA KANTOI😱) ini bukan berlakon ya semua ini real jadi pakat2 ambil Iktibar Kalau tak pose juga kami Follow Rapat punya🤭 JANGAN LUPA FOLLOW, LIKE, KOMEN DAN SHARE 👍 #yakyakyeay #puasa17 #padgerik #padgrk #fybシ #barkoba #puasa2024 #unitpenguatkuasajaipk #unitdakwahpadgerik #mamatkhalid #puasaramadhan #jaipk #unitdakwah #fypシ゚viral #jakim #puasaramadhan #puasa17 #kantoisudah

♬ original sound – PEJABAT AGAMA DAERAH GERIK – PEJABAT AGAMA DAERAH GERIK

Bahkan segelintir pengguna media sosial mendakwa lelaki terbabit meninggalkan motosikalnya di hadapan restoran terbabit kerana terlalu takut ditangkap pihak penguat kuasa.

Difahamkan, kejadian ini berlaku di salah sebuah restoran di Perak melibatkan operasi ‘Ops Geng Plastik Hitam dan Kutipan Derma Tanpa Kebenaran’ yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Tinjauan kami di Facebook turut mendapati bahawa operasi itu telah dilakukan pada semalam (14 Mac) di sekitar Chemor, Chepor dan Meru.

Bagaimanapun, masih belum dapat mengesahkan kesahihan bahawa lelaki terbabit melarikan diri kerana takut ditangkap oleh pihak berkuasa susulan tidak berpuasa atau pun sebaliknya.

Setakat ini, video ini berjaya meraih lebih 1.2  juta jumlah tontonan di samping menerima pelbagai reaksi netizen susulan operasi tersebut.