Sejak pandemik COVID-19 melanda dunia pada tahun ini, dapat dilihat orang ramai seluruh dunia tidak berpeluang untuk menunaikan ibadah haji. Selain itu, suasana di Masjidil Haram selaku tempat orang ramai menunaikan ibadah umrah sunyi seketika dengan ketiadaan pengunjung dari luar negara.

Menerusi kenyataan terbaharu daripada Arab Saudi, negara ini sedia membenarkan perlaksaan ibadah umrah sepanjang tahun secara berperingkat bermula 4 Oktober ini. Kenyataan ini telah diputuskan selepas ibadah tersebut telah ditangguhkan selama tujuh berikutan penularan wabak COVID-19.

SAUDI-RELIGION-HAJJ-HEALTH-VIRUS

Difahamkan menerusi peringkat pertama, seramai 6,000 orang rakyat dan penduduk Arab Saudi dibenarkan untuk menunaikan ibadah umrah bermula 4 Oktober terlebih dahulu. Seterusnya, pengunjung dari luar negara dibenarkan untuk menunaikan ibadah umrah bermula 1 November ini dengan bilangan 20,000 jemaah sehari.

Menurut kenyataan yang dibuat, ibadah umrah dijangka dapat beroperasi secara penuh dan normal apabila wabak COVID-19 dapat dihapuskan. Berdasarkan hasil tinjauan, sudah terdapat agen di Malaysia yang sudah mengiklankan pakej umrah bermula akhir tahun ini.

Pada bulan Mac lalu, netizen dikejutkan dengan gambar penyanyi terkenal iaitu Akon yang menunaikan ibadah umrah. Ketahui juga tujuh cara berjimat tapi makan sedap sewaktu menunaikan ibadah umrah.

Netizen Terkejut Gambar Penyanyi Terkenal Akon Tunai Umrah Tular Di Media Sosial

7 Cara Berjimat Tapi Makan Sedap Masa Buat Umrah Di Mekah Dan Madinah

Sumber