Thailand mengambil langkah memperkemaskan dan memperketatkan kemasukan pengunjung ke negara mereka bermula pada 1 Mei ini.

Negara jiran itu menetapkan mana-mana pengunjung yang mahu memasuki negara itu wajib untuk mengisi Thailand Digital Arrival Card (TDAC).

Baca Juga:

Thailand Mahu Mudahkan Pengunjung

Borang atas talian ini akan menggantikan borang imigresen TM6, bertujuan untuk memberikan kemudahan yang lebih besar kepada pelancong yang memasuki negara itu melalui menurut Biro Imigresen Thailand.

Thailand
Sumber Gambar: Rider Chris

TDAC membenarkan warga asing menyerahkan maklumat kemasukan penting dan butiran pengisytiharan kesihatan sebelum ketibaan mereka.

Semua pelawat asing yang melancong ke Thailand perlu melengkapkan TDAC, kecuali untuk:

1. Warga asing transit atau berpindah melalui Thailand tanpa melalui kawalan imigresen.

2. Warga asing yang memasuki Thailand menggunakan Pas Sempadan (dokumen untuk warganegara Malaysia yang lahir atau menetap lebih setahun di Kedah, Perlis, Kelantan atau Hulu Perak).

Pengunjung perlu mengisi borang TDAC sekurang-kurangnya tiha hari sebelum tarikh mereka tiba di negara jiran.

Thailand
Hat Yai city, southern Thailand economy

Berikut adalah cara untuk mengisi borang TDAC:

1. Pergi ke laman web Biro Imigresen di sini.

2. Pendaftaran Lengkap: Borang dalam talian memerlukan butiran penting, termasuk:
a. Maklumat peribadi: Nama penuh, kewarganegaraan, nombor telefon, alamat e-mel dan butiran pasport
b. Maklumat perjalanan: Nombor penerbangan, tujuan perjalanan dan alamat di Thailand (alamat hotel atau kediaman).

3. Hantar borang: Selepas penyerahan, pengembara akan menerima e-mel pengakuan di alamat e-mel yang diberikan.

4. Kaunter Imigresen: Pengembara mesti mengemukakan e-mel pengakuan dan dokumen perjalanan mereka kepada pegawai imigresen semasa ketibaan untuk pengesahan.

Thailand menjadi destinasi pilihan rakyat Malaysia untuk melancong dimana harga hotel, makanan dan cenderamata lebih murah berbanding Malaysia.