Tular satu klip video seorang pengunjung acara mendapat satu pengajaran hidup yang memalukan.
Ketika orang ramai mengelilingi sebuah motor dipamerkan, lelaki terbabit bertindak memulas throttle untuk merakam bunyi ekzos Akrapovic yang dipasang pada motor pameran tersebut.
Baca Juga:
- Pemandu Perodua Kenari Rempuh Penunggang Motosikal & Beberapa Kenderaan Positif Barang Terlarang

- Pemilik Kedai Dipuji, Selalu Sedekah Sate Buat ‘Rider’ Kunyah-Kunyah Atas Motosikal

- Myvi Dikepung & Diancam, Polis Buru Geng Motosikal

Selepas beberapa kali ‘rem’, tangan pengunjung itu dipukul oleh seorang lelaki dipercayai pemilik motor berkenaan.
@djyafihalil NVX enjin superbike tayar Besar jgn rem tanpa izin. Hormat event #superbike #like #fyp #follow #share
Kejadian itu disaksikan oleh para pengunjung lain yang berada di sekeliling motosikal.
Warganet menyokong tindakan lelaki itu menepuk tangan pengunjung yang tidak menghormati harta benda orang lain.
“Rasa sakit itu tidaklah sangat, tapi rasa malu itu seumur hidup,” kata netizen.