Sebuah video yang merakam seorang pelancong dikenakan bayaran sebanyak RM10 untuk burger Ramly biasa di Kuala Lumpur telah mencetuskan perdebatan di media sosial.
Dalam video yang dikongsikan di Facebook Travelling Solo Logs, pelancong itu memesan burger daging tanpa telur dan keju untuk membandingkannya dengan burger McDonald’s.
Baca Juga:
- Pemilik Restoran Di Langkawi Beri Penjelasan Isu Caj RM20 Bagi Ayam Goreng Kunyit
- Pelancong Langkawi ‘Mengamuk’ Dicaj RM20 Untuk Ayam Goreng Kunyit
Video tersebut juga merakam bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan burger itu, tetapi apabila tiba masa untuk membuat pembayaran, penjual meminta RM10 kepada pelancong tersebut – satu harga yang terlalu tinggi untuk burger biasa.
Netizen yang berang telah meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk masuk campur dalam hal ini kerana harga yang dikenakan tidak masuk akal.
Netizen berpendapat adalah tidak adil dan tidak wajar mengenakan caj setinggi itu kepada pelancong.