Memang tidak dinafikan semakin banyak food reviewer di luar sana sering dipanggil oleh pemilik kedai makan untuk menarik pelanggan baharu dengan kuasa viral dan populariti mereka.

Bagaimanapun, ada kalanya sebahagian influencer sengaja mengambil kesempatan dengan menghubungi pemilik kedai makan atau gerai untuk mendapatkan makanan dan juga mengenakan caj tertentu walaupun tidak diminta.

Baru-baru ini, seorang peniaga gerai yang dikenali sebagai ‘Abang Nasi Goreng’ berkongsi pengalamannya berdepan situasi dengan seorang influencer  yang menawarkan servis ulasan makanan dengan caj yang tidak masuk akal.

Menurut Abang Nasi Goreng, influencer terbabit telah menghubunginya serta menawarkan diri untuk membuat ulasan makanan yang dijual namun dengan harga yang terlalu tinggi.

“Ada influencer makanan nak ulas gerai aku.
Gerai aku ni tepi jalan je, kau offer sampai ribu-ribu! Agak mengejutkan apa yang dia offer, yang penting bukan bawah RM3,000. Kos dia gila babi!

“Kalau bayar mahal-mahal, aku dapat lebih 1 juta views ok juga. Aku ni gerai jalanan, bukan boleh absorb crowd gila-gila. Agak-agaklah nak offer. Hampeh betull! Geram eaaa, senang diorang nak buat duit. Makan dapat, duit pun dapat.

“Senang buat duit. Bila dah buat, dah bayar, tapi video tak menjadi. Boleh dapat balik tak duit (money back guarantee)?” luahnya.

Peniaga Geleng Kepala Pempengaruh ‘Offer’ Diri Untuk Ulas Makanan Dengan Caj RM3,000
Sumber Gambar: Threads

Perkongsian peniaga kecil itu di platform Threads langsung menjadi perhatian dan rata-rata netizen meluahkan rasa ketidak puasan hati dengan sikap influencer terbabit yang mengaut untung mudah menerusi peniaga kecil seperti itu.

Peniaga Geleng Kepala Pempengaruh ‘Offer’ Diri Untuk Ulas Makanan Dengan Caj RM3,000
Sumber Gambar: Threads
Peniaga Geleng Kepala Pempengaruh ‘Offer’ Diri Untuk Ulas Makanan Dengan Caj RM3,000
Sumber Gambar: Threads

Dalam masa sama, netizen turut memuji peniagw nasi goreng itu kerana tidak termakan dengan permintaan influencer kerana mengetahui skala bisnesnya yang kecil.