Bermula 15 Januari nanti, Kerajaan Negeri Sembilan bakal melaksanakan Jadual Waktu Bekerja Flexible (WBF) buat semua kakitangan perkhidmatan awam di negeri itu, petik Berita RTM.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, ia merupakan salah satu strategi bagi meningkatkan mutu perkhidmatan penjawat awam dan menghasilkan warga kerja yang mampu berdaya saing untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Saya melihat waktu kerja anjal ini sepatutnya dimanfaatkan semua penjawat awam khususnya di SUK ini bagi mengelakkan isu kesesakan jalan raya, isu menghantar anak.

“Waktu anjal boleh meningkatkan motivasi semua penjawat awam di Negeri Sembilan, jadi kita tiada lagi ada alasan-alasan tertentu dan kita tidak mahu mereka menyalahgunakan waktu anjal ini,” katanya.

Beliau menambah, penjawat awam diingatkan agar memanfaatkan pelaksanaan waktu anjal itu dengan baik dan akan menarik balik sekiranya ada kakitangan yang didapati menyalahgunakan inisiatif tersebut.

Sumber