Hari ini bertarikh 23 Februari 2024 menjadi saksi apabila semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak akan menerima Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000.

Pengumuman pembayaran itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan di Putrajaya pada 6 Februari lalu.

“Turut disalurkan sebanyak RM1,000 kepada semua jawatan utama sektor awam membabitkan polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

“Bayaran insentif RM1,000 turut disalurkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen,” kata Perdana Menteri pada majlis itu.

Anwar berkata, bayaran Insentif Awal itu akan dibayar sekali gus bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.

Sumber