Polis Amerika Syarikat dengan kerjasama FBI sudah pun menangkap suspek utama pembunuhan aktivis Charlie Kirk.

Charlie Kirk dikenali sebagai aktivis berhaluan kanan yang ekstrim. Dia seringkali mengutuk imigran, agama Islam, kulit hitam, penyokong kebebasan Palestin, golongon LG*T serta mereka yang dari parti Demokrat.

Banyak teori mengaitkan kematian Kirk adalah kerana mereka yang selama ini ditentangnya. Namun ternyata silap. Kerana pembunuhnya bukan daripada golongan di atas. Malah bukan daripada penyokong demokrat.

Walaupun setakat ini, suspek masih tidak berdaftar dengan mana mana parti di AS.

Suspek utama ialah Tyler Robinson, seorang warga Amerika Syarikat yang berkulit putih dan beragama Kristian.

Malah selepas kejadian, beberapa media bersayap kanan AS malah mulai mengaitkan insiden dengan golongan muslim di negara itu.

Menurut laporan media antarabangsa, Robinson merupakan seorang anak muda yang semakin aktif dalam politik dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Dia dikatakan sudah lama meluat dan membenci Charlie Kirk berdasarkan beberapa hantaran provokatif yang ditemui di media sosial serta aplikasi komunikasi.

Rakan serumahnya juga mendakwa Robinson pernah meninggalkan petunjuk melalui platform Discord, selain pihak polis menemui sarung peluru dengan ukiran mesej yang bersifat menghasut.

Semua bukti ini kini sedang dianalisis untuk mengesahkan kaitannya dengan serangan tersebut.

Selepas insiden berdarah itu, Robinson dilaporkan mengaku secara tidak langsung kepada ahli keluarganya. Ayahnya kemudian bertindak menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa, yang akhirnya membawa kepada penahanan Robinson.

Gabenor Utah menyifatkan insiden ini sebagai satu bentuk “pembunuhan politik”, manakala bekas Presiden Donald Trump mengesahkan penahanan suspek dan menuntut siasatan menyeluruh.

Namun begitu, sehingga kini, pihak penyiasat masih belum mengumumkan motif rasmi mengapa Robinson nekad membunuh Kirk. Sama ada faktor ideologi politik, gangguan mental, atau pengaruh luar, semuanya masih dalam siasatan.

Suspek sudah berada dalam tahanan, masyarakat kini menunggu jawapan rasmi tentang mengapa seorang anak muda sanggup melakukan pembunuhan kejam yang menggoncang arena politik nasional.