Memang tidak dinafikan TikTok Shop kini mendapat tempat di kalangan penjual kerana mempunyai jumlah pengguna yang tinggi menerusinya. Sejak ia diperkenalkan, penjual tempatan boleh melariskan jualan menerusi beberapa platform dalam talian sekaligus.

Bagaimanapun, TikTok kini memaklumkan kepada penjual di Malaysia di mana mereka akan melaksanakan caj tambahan sebanyak 2% terhadap semua jualan berjaya pada platform mereka.

Baca Juga:

Menurut TikTok, caj ini akan dikenakan bermula 1 Mac 2023 kelak. Caj tambahan 2% ini adalah di atas cas 2.12% yang sedia diperkenalkan sejak Oktober tahun lalu.

TikTok mengatakan caj ini bakal dikenakan terhadap pembelian dan penghantaran yang berjaya sahaja. Sementara penghantaran yang dibatalkan atau dipulangkan semula tidak akan dikenakan caj ini.

Diharapkan para penjual di platform TikTok Shop akan cakna berkenaan pengenalan caj tambahan ini. Kehadiran caj tambahan ini sedikit sebanyak bakal memberikan kesan terhadap pendapatan penjualnya.

Sumber