Kerap disajikan dengan trash talk dan hype diantara Floyd Mayweather dan Conor McGregor, kami yakin ramai daripada anda yang bukan sukan tinju atau UFC cukup faham mengenai perlawanan diantara dua watak ikonik ini. Salah seorang berjaya menjadi jutawan melalui sukan tinju manakala seorang lagi melalui UFC.

Dalam pada itu, perlawanan yang penuh dengan hype ini nampaknya menunjukkan keputusan yang sebaliknya menerusi penjualan tiket. Difahamkan perlawanan yang dijangka berlangsung kurang lebih 3 minggu lagi ini masih banyak yang belum dijual sekaligus membolehkan seorang penonton mendapatkan 6 tiket secara serentak.

floyd-mayweather-conor-mcgregor-poster

Meskipun ada yang berangapan berlawanan tersebut bakal ‘bosan’ berikutan gaya berlawan Floyd ‘Money’ Mayweather, faktor utama yang berlaku disebalik penjualan ini adalah disebabkan harganya.

Para penonton cuma berpeluang untuk menonton berlawanan di di T-Mobile Arena, Las Vegas sekiranya mereka sanggup untuk membayar sebanyak $3,500 untuk sekeping tiket. Oh ya, harga yang disebutkan merupakan harga terendah untuk sekeping tiket manakala harga bagi tiket di tempat terbaik mula ditawarkan pada harga $10,000.

273b9dd2b4ddf3031a07b8e6d2bfd669

Faktor penjualan tiket yang terlalu mahal ini juga sekaligus membuatkan orang ramai tidak sanggup untuk membayarnya meskipun berminat untuk menonton perlawanan dua jaguh dunia ini.

Mampukah McGregor meleburkan rekod 49-0 Mayweather? Sama-sama kita nantikan 26 Ogos ini. Sebelum itu jom kita tonton dahulu, kompilasi atau iklan yang dibuat oleh peminat sempena perlawanan epik ini.