Sejak beberapa hari lalu tular klip video menunjukkan dua orang individu berkelahi sebelum berlaku pergaduhan tangan kosong.
Yang ‘menang’ dalam pergaduhan tersebut rupa-rupanya seorang petarung seni bela diri campuran (MMA).
Sehubungan insiden itu, portal WeirdKaya menemuramah petarung MMA tersebut.
Sejurus tular video tersebut, ibu bapa Tony Lim bertanya mengapa dia membuli orang.
Namun dia menjelaskan bahawa dirinya sendiri yang menjadi mangsa buli semasa kejadian.
“Bukan saya yang membuli. Saya yang dibuli. Saya cuma mahu mempertahankan diri saya,” katanya.
Menurutnya dia berasa sangat terkejut apabila mengetahui video tersebut tular. Pada masa sama dia turut berasa kagum membaca komen-komen yang dikongsikan netizen.
“Satu pengajaran hidup yang saya belajar adalah ilmu pertahanan diri sangat penting.
“Jika saya tidak tahu untuk mempertahankan diri, dalam situasi tersebut pasti saya yang terbaring di atas tanah, saya yang berdarah,” jelas Tony.
Dalam pada itu dia menyatakan kebanyakkan ahli seni bela diri mempunyai kemampuan untuk kawal amarah. Namun dia mengakui tidak bagi dirinya.
Dia pasti jika ahli seni bela diri lain mampu mengawal keadaan sedemikian dengan lebih baik.
“Ilmu pertahanan diri bukanlah mengenai keganasan. Ia adalah bagaimana kita mengawal diri sendiri.
Selain menjadi petarung MMA profesional, Tony merupakan seorang guru tutor untuk pendapatan tambahan. Dia mengajar pelajar tingkatan 1 hingga 3.