Seorang petarung MMA yang bergaduh dengan pengawal keselamatan baru-baru ini mendakwa beliau hanya mahu mempertahankan diri.
Video dua individu ini bergaduh tular di laman media sosial yang menunjukkan pengawal keselamatan itu rebah ketika ditumbuk oleh petarung berkenaan.
Baca Juga:
- Netizen Geli Hati Tengok 2 Pemandu Berbangsa Cina Bergaduh Dalam Bahasa Kebangsaan

- Peserta Bergaduh & Baling Kerusi, Polis Mula Siasatan Kekecohan Pesta Songkran Di Pusat Beli-Belah

- Pekerja Kedai Makan Bergaduh Dengan Lelaki Tempatan Tak Boleh Berbahasa Melayu

Petarung MMA Itu Hanya Mahu Pertahankan Diri
Dalam temu bual dengan personaliti tempatan Caprice di Instagram (@capricedaddycap), Tony Lim berkata dia terprovokasi dan bertindak untuk mempertahankan diri.

“Apabila saya bercakap secara baik dengan dia, lelaki itu telah memprovokasi saya. Jadi, saya hanya mempertahankan diri,” katanya.
Menurut Lim, ketegangan semakin memuncak apabila dia turun ke bawah rumahnya dan berdepan dengan pengawal keselamatan yang sama, ditemani dua individu yang dipercayai bosnya.
“Dia menunjuk ke arah saya dan bos bertanya kepada saya sama ada saya yang viral dan mengulas video itu?”
Lim menafikan bertanggungjawab menyebarkan video itu.

Lim berkata pengawal itu telah diberhentikan daripada tugasnya dan mengulangi bahawa tindakannya adalah semata-mata untuk melindungi dirinya.
“Sebagai seorang yang berada dalam bidang MMA, kami hanya mahu mempertahankan diri terhadap perkara ini,” tambah Lim.