Sebuah insiden mencemaskan orang ramai melibatkan sebuah permainan roller coaster yang didakwa tergelincir dari landasannya di Raub, Pahang telah menarik perhatian netizen.
Kejadian ini mencetuskan kebimbangan tentang tahap keselamatan dalam acara-acara hiburan yang sering menjadi tarikan utama di kalangan masyarakat.
Baca Juga:
- Bonet Ferrari Jadi Gelongsor, Netizen Kecam Pengunjung Buat Pameran Kereta Macam ‘Fun Fair’
- Permainan ‘Fun Fair’ Hampir Terbalik, Tindakan Pantas Orang Ramai Selamatkan Nyawa
Rekaman video dramatis kejadian tersebut mula tersebar pada Selasa, setelah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook dalam kumpulan Penduduk Raub Pahang.
Klip tersebut menunjukkan beberapa pengunjung, termasuk seorang kanak-kanak, yang kedengaran teresak-esak menangis akibat insiden tersebut.
Di dalam sebuah video berasingan yang tular di akaun TikTok pula menunjukkan detik-detik bagaimana permainan roller coaster tersebut berada dalam tidak terkawal sebelum tergelincir dari landasan.
Kejadian ini telah meninggalkan orang ramai dengan rasa hairan mempersoalkan tentang faktor-faktor yang menyebabkan kejadian ini terjadi.
Menurut pengguna TikTok, walaupun harga tiket untuk permainan tersebut agak tinggi, ia tidak memberikan jaminan apa-apa jaminan kepada pengunjung.
Difahamkan bahawa setiap permainan roller coaster tersebut berharga RM10 untuk dua putaran, dengan masa yang singkat kurang dari dua minit.
Sentimen negatif berkaitan dengan pengurusan acara ini merebak di media sosial, dengan beberapa pengguna menyuarakan kebimbangan bahawa keselamatan pengunjung tidak menjadi keutamaan.
Setakat laporan ini ditulis, tiada apa-apa kenyataan rasmi daripada pihak ‘fun fair’ dan juga pihak berkuasa tempatan.