Menerusi satu video yang tular di media sosial malam semalam, tiga individu dilaporkan cedera selepas terjatuh dari permainan di tapak fun fair (pesta ria) di Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam.

https://www.youtube.com/watch?v=BaI-j66bCm4&t=10s

Baca Juga:

Dalam rakaman video yang dirakam seorang individu di tapak berkenaan, permainan itu beroperasi seperti biasa tanpa permasalahan, bagaimanapun ia bertukar sebaliknya.

Pada masa sama, kedengaran suara jeritan dipercayai daripada pengunjung pesta ria tersebut.

https://www.tiktok.com/@ika121212/video/7176290471038209306

Dalam video terkini yang dikongsi di TikTok, netizen mendakwa ‘Sotong Merah’ yang tidak seimbang menjadi punca kejadian itu berlaku.

Melihat dengan lebih teliti video berkenaan, ketika carrier lain mempunyai 4 tempat duduk, hanya carrier berwarna merah mempunyai 3 tempat duduk. Justeru itu, ketika ia berpusing, ia dilihat jadi tidak stabil bila ada muatan dan telah terkeluar dari landasan dan melanggar besi penghadang.

Berikutan kejadian ini, rata-rata pengguna media sosial jadi takut untuk menaiki mana-mana permainan di tapak pesta ria kerana merasakan ia tidak dijaga dan diselenggara dengan baik.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, polis menerima maklumat kejadian berkenaan pada jam 9 malam. Bagaimanapun katanya, polis masih belum mengenal pasti identiti mangsa terlibat dan perkara itu masih dalam siasatan.

“Ketiga – tiga mangsa sudah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.