Penumpang kereta api di Indonesia berdepan detik cemas apabila terkena serpihan kaca tingkap yang dibaling batu oleh individu tidak bertanggungjawab.

Menurut laporan CNN Indonesia, dua orang penumpang keretapi 88F Sancaka Yogyakarta – Surabaya Gubeng mengalami luka di bahagian muka ekoran insiden itu.

Baca Juga:

Salah seorang mangsa, Widya Anggraini (30 tahun), penduduk Sidoarjo, Jawa Timur, menceritakan detik kejadian lontaran batu tersebut.

Kronologi Kejadian Di Kereta Api

“Kejadian berlaku secara tiba-tiba. Saya terkejut kerana ketika itu sedang mendegar lagu dan membaca buku.

Kereta Api

“Saya diarahkan ke belakang, semuanya diuruskan, dibersihkan dengan kain. Sehingga saya berdarah. Semalam ada darah keluar dari leher saya.

“Mereka terus mengeluarkan serpihan kaca yang melekat di muka dan leher saya,” katanya.

Syarikat kertapi sudah membuat laporan mengenai insiden berkenaan.