Setiap kali ada ruangan, pasti ada penunggang motosikal cuba sebaik boleh untuk ‘menyelit’ untuk melepasi aliran trafik. Bagaimanapun, ada kalanya tindakan boleh mengakibatkan kemalangan.
Seorang pengguna jalan raya berkongsi satu rakaman video dashcam di mana ada penunggang motosikal nyaris tersepit semasa dia cuba menyelit di antara dua buah kenderaan lain.
Pada awal rakaman video itu, ada sebuah motosikal penghantar makanan berjaya menyelit di antara Perodua Axia dan Ford Ranger semasa kedua-dua kenderaan mula bergerak.
Namun, beberapa saat kemudian apabila sebuah motosikal lain datang, ruangan di antara kedua-dua buah kereta itu semakin mengecil lalu menyebabkan penunggang motosikal itu ‘tersekat’ pada Ford Ranger semasa dia cuba ‘menyelit’ pada lorong kanan.
Selepas pemandu Ford Ranger itu memberhentikan keretanya serta-merta, penunggang motosikal itu melihat kearahnya dengan pandangan ‘tidak berpuas hati’ seolah-olah pemandu itu menyebabkan kejadian itu berlaku. Lalu kedua-dua pihak meneruskan perjalanan masing-masing.
Netizen yang menonton rakaman video tersebut meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan penunggang motosikal yang cuai semasa cuba menyelit di antara kedua-dua buah kenderaan itu.
Tambah netizen lagi, nasib baik tayar Ford Ranger itu tidak menggilis kaki penunggang motosikal itu semasa dia cuba mengimbangkan diri daripada terjatuh selepas nyaris tersepit.
Seorang lelaki sanggup bahayakan keselamatan anaknya semata-mata mahu menyahut cabaran aksi ‘willie’ daripada rakan. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.
Bapa Ini Sanggup Bahayakan Nyawa Anak Demi Sahut Cabaran ‘Willie’ Daripada Rakan
Macam Cerita Mr.Bean, Lelaki Ini Langgar Lampu Merah Penuh ‘Sopan’ Depan Polis