Penyanyi dan komposer dari Indonesia, Reza Arap sanggup membayar ganti rugi kepada pihak yang terkesan akibat kedatangan YouTuber terkenal iaitu IShowSpeed ke Jogjakarta pada Khamis lalu.

Menurut Reza, beliau rasa bertanggungjawab atas kerosakan barang peniaga yang terkesan kerana kedatangan YouTuber itu sekaligus mengambil keputusan untuk membayar ganti rugi.

Baca Juga:

Dipetik dari laman X miliknya, Reza memuat naik ciapan yang mana beliau sudah menyelesaikan semua urusan ganti rugi kepada peniaga yang terkesan.

Rata-rata warganet memuji tindakan Reza itu yang tidak lepas tangan atas insiden yang terjadi kerana beliau merupakan antara orang kuat yang membawa IShowSpeed ke Indonesia.

Difahamkan ahli kumpulan Weird Genius ini yang menghubungi Speed dan sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk membawa YouTuber berasal Amerika Syarikat itu ke Indonesia.

Speed terus mencetus fenomena dalam kunjungannya ke negara Asia Tenggara dimana ribuan peminat mengikuti pergerakan beliau selain jutaan yang menontong siarang langsung ketika lawatannya ke Asia Tenggara.

Sewaktu berada di Indonesia, Speed telah melawat tiga kota bermula dari Jakarta, Bali dan kemudiannya Yogyakarta dimana beliau diperkenalkan dengan budaya negara jiran berkenaan.

Baru-baru ini, Speed membuat kejutan apabila berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim bagi menyaksikan perlawanan Liga Super antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kelantan Darul Naim (KDN FC).

Malah, beliau turut hadir dengan memakai jersi JDT sekaligus menjadi bualan para peminat di media sosial.

Speed mengakui kagum dengan kecanggihan stadium milik juara bertahan Liga Super itu dan sempat bertemu pemilik kelab, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Kejadian itu turut disiarkan secara langsung di laman Youtube miliknya sambil ditonton oleh peminat dari seluruh dunia.

Tunku Ismail turut teruja dapat bertemu Speed dan sempat berkongsi perbualan video bersama isteri serta anaknya yang juga merupakan peminat individu tersebut.