Seorang penyanyi rap dari Malaysia ditahan oleh pihak berkuasa Laos selepas beliau dipercayai cuba untuk menyeludup dadah jenis kanabis ke Jerman.
Pihak berkuasa Laos menahan penyanyi itu dan dua rakannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay.
Baca Juga:
- ‘Bukan Salah Guna Dadah’ – Yassin Buka Mulut Sebab Sebenar Ditahan 6 Bulan
- Si Bulus Ditahan Gara-Gara Jadi Keldai Dadah Di Penjara
- 6 Skinhead Pukul Vokalis Punk Depan Tandas Direman, 2 Positif Dadah
Rapper itu, yang juga ahli kumpulan rap tempatan terkenal, dilaporkan telah ditahan sejak 27 Mei.

Penyanyi Rap Ditahan Selepas Diperiksa
Menurut laporan, ketiga-tiga mereka ditahan semasa pemeriksaan rutin melibatkan pegawai kastam dan anggota penguatkuasa lapangan terbang.
Jumlah berat dadah dianggarkan sekitar 86 kilogram.

Suspek sedang bersiap untuk menaiki penerbangan Thai Airways menuju ke Jerman, yang mana destinasi untuk menyeludup dadah itu.
Pihak berkuasa Laos mengesahkan bahawa ketiga-tiga individu itu kini ditahan dan akan menghadapi tindakan undang-undang mengikut undang-undang tempatan.
Siasatan terhadap kes itu sedang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan.