Walaupun sudah berusia 64 tahun, penyanyi veteran, Datuk Zainal Abidin mengaku telah menjalani operasi ‘botox’ supaya kulitnya lebih tegang dan sihat.

Bagi Zainal, sebagai penghibur, beliau perlu menitikberatkan mengenai penampilan diri. Malah, beliau berpendapat bahawa selagi beraksi di atas pentas maka penampilan perlu dijaga rapi.

Baca Juga:

Sumbeer Gambar: NST

“Sebagai seorang penghibur, beginilah kehidupan saya, di mana, saya berdepan dengan orang ramai dan selalunya ‘close up’. Ditambah pula dengan kualiti kamera sekarang yang berkualiti tinggi, jadi memang nampak segala kedutan,” katanya lagi.

“Jadi, bagi memastikan penampilan saya sihat, ia harus diperbaiki dan dirawat dengan sebaiknya. Tapi sebenarnya, saya tak malu mengatakan saya buat ‘botox’. Tapi, bukan ‘filler’.

“Ini adalah demi mendapatkan kulit yang sekata segar dan sihat. Selagi saya sihat, selagi itu saya masih boleh beraksi di atas pentas,” tegasnya.

Menurut laporan Harian Metro lagi, pemilik nama sebenar Zainal Abidin Mohamed itu juga bakal mempertimbangkan untuk melakukan rawatan ‘tarik benang’ bagi menegangkan bahagian leher sekiranya perlu.

“Kesihatan tidak boleh dibeli, tapi kita kena berusaha mendapatkannya.

“Botox ini, masih lagi baru-baru ini (digunakan). Apabila saya pergi berjumpa dengan pihak Idealyst, mereka memaklumkan mengenai kulit saya yang berkedut terutamnya, bila saya senyum.

“Bahagian leher saya pula, dah mula nampak macam ayam belanda. Jadi, ia tak elok sekiranya ada gambar atau visual ‘close up’.

“Jadi, bagi menghindari masalah itu, saya kena rawat. Tapi, saya belum buat prosedur tarik benang. Mungkin di masa akan datang, saya akan buat sekiranya perlu,” katanya.

Zainal juga sempat memberi nasihat kepada orang ramai yang menyimpan hasrat untuk mendapatkan rawatan ‘botox’ atau ‘tarik benang’ agar membuat tinjauan dengan teliti terlebih dahulu terhadap klinik atau doktor yang menawarkan servis tersebut sama ada memilik tauliah atau pun tidak.

“Ia adalah untuk karier saya sebab saya nak bertahan lebih lama. Mereka yang muda, masih mudah dan cantik. Jadi, saya nak penampilan nampak sihat.

“Bukanlah jenis yang bengkak sana sini. Jadi, janganlah dibuat keterlaluan. Pergi kepada doktor yang bertauliah dan bukan pusat kecantikan yang tidak bertauliah kerana tak selamat,” ujar lagi penyanyi veteran itu ketika ditemu ramah dalam satu acara anjuran Idealyst Clinic.

Sumber