Seorang penyelia jururawat terpaksa berputih mata selepas wang simpanannya bernilai RM387,035 lesap dalam sekelip mata kerana ditipu oleh ‘scammer’ mencari kerja dalam talian yang menawarkan gaji yang tinggi, lapor Harian Metro.

Menurut kenyataan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, beliau berkata mangsa berusia 46 tahun itu menerima mesej melalui WhatsApp menawarkan dia kerja sambilan pada 11 September lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Penipu itu kemudian memberitahunya bahawa dia perlu lakukan hanya dengan menekan butang ‘suka’ di Instagram dan bakal mendapat komisen RM5 untuk setiap tugas yang dia selesaikan.

Tidak tahu dirinya bakal terperangkap, mangsa meneruskan lima tugasan dan menerima komisen berjumlah RM25.

“Dia kemudiannya diberikan tugasan prabayar yang melibatkan membuat pembayaran terlebih dahulu dan dijanjikan keuntungan yang lebih besar.

“Selepas membuat 36 transaksi ke 21 akaun bank berjumlah RM387,035 sepanjang 13 hari bermula 11 Sept, mangsa akhirnya menyedari dia telah ditipu,” katanya.

Yahaya menambah, mangsa menggunakan wang simpanannya sendiri dan meminjam wang daripada rakan dan ahli keluarga untuk semua transaksi, sambil menambah kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan tawaran kerja yang diberikan melalui laman sosial yang menjanjikan pulangan lumayan dan menyemak di https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi.

Sumber