Sudah menjadi kebiasaan buat kita untuk memikirkan negara Mesir apabila menyebut berkaitan piramid. Siapa sangka kini muncul penemuan di Indonesia yang didakwa mempunyai struktur piramid tersendiri yang sudah berusia ribuan tahun lamanya.

Piramid yang tersembunyi di bawah bukit di sebuah pulau di Jawa Barat, Indonesia berkemungkinan menjadi piramid tertua di dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Penemuan ini didedahkan oleh sekumpulang pasukan penyelidik yang terdiri daripada ahli arkeologi, geofizik, dan geologi yang termasuk pengarang Danny Hilman Natawidjaja dari Agensi Penyelidikan dan Inovasi Nasional Indonesia dalam makalah yang diterbitkan bulan lalu dalam jurnal arkeologi antara disiplin Archaeological Prospection’.

Dianggap sebagai tempat pertapaan

Sumber Gambar: Wikipedia

Gunung Padang yang juga dikenali sebagai ‘gunung menjadi tempat pertapaan’ (mountain of englightenment) itu terletak di puncak gunung berapi yang sudah musnah dan dianggap sebagai tapak suci penduduk tempatan.

Bermula tahun 1998, Gunung Padang telah pun diisytiharkan sebagai warisan budaya negara.

Pasukan pengkaji yang mendokumentasikan kajian tapak, menggerudi ke dalam pusat bumi, selain turut menggali parit dan mengambil sampel tanah.

Jurnal itu menjelaskan, tinjauan lapangan Gunung Padang bermula pada Oktober 2011 dan diteruskan sehingga Oktober 2014. Pasukan itu menggunakan radar penembusan tanah untuk mengambil imej bawah permukaan, penggerudian teras dan teknik penggalian ‘parit’.

Didakwa piramid hasil buatan manusia

piramid tertua di dunia
Sumber Gambar: mymodernmet

Susulan itu, ia membantu penyelidik menjejaki lapisan pertama Gunung Padang yang terletak lebih 30 meter di bawah permukaan.

“Kajian ini sangat mencadangkan Gunung Padang bukanlah bukit semula jadi tetapi pembinaan seperti piramid,” kata penyelidik dalam jurnal itu.

Selama ini, terdapat pertikaian pendapat dalam kalangan sarjana mengenai sifat bukit itu. Ada berpendapat, ia piramid buatan manusia, sementara yang lain mengatakan ia adalah pembentukan geologi semula jadi.

Pasukan itu menemui Gunung Padang kebanyakannya dibuat oleh tangan dan menemui bukti struktur itu dibina secara berperingkat, mengambil masa beribu-ribu tahun.

Bahagian lama struktur piramid juga dibuat antara 14,000 dan 25,000 tahun, menurut pasukan itu. Pasukan itu juga menemui bukti ‘rongga besar’ mungkin ruang tersembunyi, dalam piramid.

Melalui penyelidikannya, pasukan itu mendapati pembinaan tertua piramid itu mungkin ‘berasal sebagai bukit lava semula jadi sebelum dipahat dan kemudian diselubungi secara seni bina semasa tempoh glasier terakhir antara 25,000 dan 14,000 sebelum Masihi.

Lebih tua dari piramid Giza di Mesir

piramid tertua di dunia
Sumber Gambar: Live Science

Ini menjadikan Gunung Padang berusia sekurang-kurangnya 16,000 tahun. Bukan itu sahaja, ini bermakna Gunung Padang berkemungkinan berusia 10,000 tahun lebih tua berbanding semua monumen dan piramid Giza di Mesir serta binaan batu terkenal England, Stonehenge.

“Gunung Padang muncul sebagai bukti yang luar biasa, berpotensi menjadi piramid tertua di dunia,” kata pasukan itu. Gunung Padang yang pertama kali ditemukan semula oleh penjajah Belanda pada tahun 1980, merupakan gunung berapi terletak di Jawa Barat.