Para penyelidik menemui bahan ‘rare’ dan berharga dalam perut ikan paus yang mati serta dihanyutkan ke darat. Bahan ini sangat mahal sehingga digelar ‘emas terapung’, lapor The Guardian.
Bangkai haiwan ini ditemui di pulau La Palma, Sepanyol yang terletak di Kepulauan Canary Island di luar pantai Afrika Barat Laut. Sepasukan pakar patologi veterinar dari Universiti Las Palmas de Gran Canaria (ULPGC) sedang menyiasat punca kematian ikan paus itu mati.
Baca Juga:
- Laut Bertukar Warna Darah, Manusia Di Kepulauan Ini Jalankan Ritual Bunuh 131 Ikan Paus
- Umpama Kisah Nabi Yunus, Nelayan Di Amerika Syarikat Selamat Setelah Ditelan Ikan Paus
Semasa proses penyiasatan, penyelidik telah menemui ketulan “emas terapung” yang jarang ditemui yang dikenali sebagai ambergris. Antonio Fernández, ketua penyelidik di Institut Kesihatan Haiwan dan Keselamatan Makanan (IUSA) di ULPGC, berkata ambergris ditemui dalam usus besar ikan paus berukuran kira-kira 51 hingga 70 cm diameter dan berat sehingga 9.5 kilogram. Harganya dianggarkan 500,000 euro atau RM2.5 juta.
Ambergris adalah muntah paus yang sangat jarang ditemui dan bernilai tinggi. Ia hanya ditemui pada kira-kira 5 peratus ikan paus. Ambergris kelihatan seperti batu dan mempunyai bau yang kuat. Ambergris biasanya ditemui terapung di laut atau dihanyutkan di pantai di seluruh dunia.
Ambergris digunakan sebagai bahan dalam minyak wangi kerana sifatnya yang mampu mengekalkan bau. Minyak wangi daripada jenama terkenal seperti Miss Dior dan Femme dilaporkan menggunakan bahan dari ambergris.
Bagaimanapun, amalan menggunakan ambergris untuk minyak wangi kini telah dihentikan dan diharamkan. Sebabnya adalah kerana ikan paus semakin terancam dan ia sudah jarang ditemui.