Seorang penyokong kelab Liga Australia, Adelaide United menganggap saingan Liga Malaysia sebagai liga sampah.
Menerusi hantaran di laman X, penyokong tersebut nyata kecewa selepas salah seorang pemain penting Adelaide, Zach Clough dilaporkan menyertai Selangor.
Baca Juga:
- Bekas Bintang Kelab EPL Sertai Selangor

- Kenali Picha Autra, Bintang Baharu Selangor Dari Thailand
- ‘Sesi Latihan Terakhir’ – Alex Agyarkwa Tinggalkan Selangor?


Penyokong Adelaide United Kecewa Clough Berhijrah Ke Malaysia
“Kehilangan pemain utama kepada kelab Malaysia (kecuali JDT) sungguh memalukan. Bola sepak Malaysia adalah sampah,” tulis penyokong Adelaide United itu.
Malaysian football is dogshit mate
The Aussies that play over there are the ones mpg good enough got the A-League (minus Lowry) and that includes the dual nationals
— B🇺🇦🇵🇸 (@AUFC__B) July 15, 2025
Sebelum ini, bekas pemain Selangor, Robert Cornthwaite memberitahu Clough beraksi bersama Selangor bagi mengharungi musim 2025-2026.
Kehadiran Clough dilihat sebagai pengganti kepada seorang lagi bintang import iaitu Yohandry Orozco yang meninggalkan pasukan sebaik musim 2024-2025 tamat.

== RESTRICTED TO EDITORIAL USE. No use with unauthorized audio, video, data, fixture lists, club/league logos or “live” services. Online in-match use limited to 45 images, no video emulation. No use in betting, games or single club/league/player publications. (Photo by OLI SCARFF / AFP)
Musim lalu dalam Liga Australia, Clough bermain 27 perlawanan, menjaringkan tujuh dan membuat sembilan bantuan jaringan.