Seorang penyokong Al-Hilal sedia untuk menghadiahkan seutas jam tangan mewah bernilai RM2 Juta kepada salah seorang pemain iaitu Theo Hernandez.
Theo merupakan salah seorang pemain baharu yang dibawa masuk bagi menghadapi saingan musim baharu.
Baca Juga:
- Usahawan Brazil Tiba Tiba Wariskan RM4.2 Billion Kepada Neymar

- Lutut Kiri Tak Boleh Bengkok, Ramai Anggap Karier Neymar Sudah Berakhir

- Ini Gaji Terbaru Neymar Selepas Tinggalkan Al-Hilal

Hilal akan berdepan salah satu seteru utama mereka iaitu Al-Ahli pada Jumaat ini dan salah seorang penyokong mengambil pendekatan berbeza bagi memastikan pemain menampilkan prestasi yang baik.

Jam Tangan Mewah Menanti Bintang Al-Hilal
“Kalau kita menang lawan Al-Ahli, saya akan beri kamu jam tangan biru ini. Kalau kalah, kamu beri saya selendang kelab,” katanya.
Theo tidak membuang masa dan terus bersetuju dengan tawaran yang dianggap ‘gila’ itu.
Jam biru yang dimaksudkan penyokong tersebut ialah Audemars Piguet Royal Oak Perpetual Calendar dengan warna seramik biru yang bernilai lebih RM2 Juta.

Ini bukan kali pertama penyokong di Arab Saudi menghadiahkan jam tangan mewah kepada pemain.
Seorang wartawan pernah menghadiahkan jam tangan jenama Rolex kepada pemain Al-Ittihad, Fabinho hanya kerana beliau menganggap pemain itu menampilkan prestasi yang baik ketika aksi liga.
Fabinho was gifted a Rolex by a fan because he played well… A FAN.
Na we can’t compete with Saudi 😂😂 pic.twitter.com/VgDWduDeEB
— Arne’s Reds (@ArneysReds) August 14, 2023