Penyokong Al-Nassr menggesa agar ketua pasukan kelab itu, Cristiano Ronaldo agar segera meninggalkan pasukan.

Ronaldo yang berusia 40 tahun kekal prolifik di hadapan gawang dimana beliau menjaringkan sebanyak 33 gol dalam semua pertandingan musim ini.

Baca Juga:

Tetapi di sebalik prestasi cemerlang bekas bintang Man United itu, Al-Nassr berada di tangga ketiga dalam Liga Pro Saudi – 11 mata di belakang pendahulu Al-Ittihad.

Cristiano Ronaldo
Kredit Foto: AlNassr Saudi Club

Mereka juga tersingkir daripada saingan AFC Champions League (ACL) Elite di peringkat separuh akhir oleh pasukan Jepun Kawasaki Frontale bulan lepas.

Al-Nassr gagal memenangi gelaran liga dan ACL Elite sejak Ronaldo menandatangani kontrak pada Disember 2022.

Penyokong Mahu Cristiano Ronaldo Pergi

Penyokong Al-Nassr dalam talian telah mengkritik pemain marquee itu yang mana menurut mereka tidak banyak menyumbang kepada pasukan.

Cristiano Ronaldo
Soccer Football – Saudi Pro League – Al Wehda v Al Nassr – King Abdul Aziz Stadium, Mecca, Saudi Arabia – February 25, 2025 Al Nassr’s Cristiano Ronaldo misses a chance to score REUTERS/Stringer

Membalas catatan Ronaldo “sila pergi” di X manakala seorang pengguna media sosial mendengus: “Kami tidak mahu anda pada musim hadapan.”

Penyokong lain menulis: “Anda telah mencipta banyak sejarah, ya kami tahu itu. Tetapi anda belum melakukan apa-apa setakat ini.

“kami tahu anda tidak akan menawarkan apa-apa kepada kami pada masa hadapan, jadi sila tinggalkan kelab dan pergi ke Portugal, yang selalu anda impikan.

Cristiano Ronaldo
Kredit Foto: AlNassr Saudi Club

Ada juga penyokong yang menggesa agar Cristiano Ronaldo bersara dari dunia bola sepak profesional.