Seorang penyokong Arsenal berdepan dengan hukuman berat, sama ada daripada kelab ataupun pihak berkuasa.

Penyokong Arsenal tersebut tular di media sosial kerana kelakuan yang memalukan.

Arsenal kini sedang mengambil tindakan ke atas penyokongnya yang bersikap rasis ke atas orang Islam.

Penyokong Arsenal rasis

Dalam satu video yang tular, penyokong Arsenal tersebut yang ‘koyak’ dengan PSG telah menjerit ke arah seksyen ‘Muslim Pengganas’.

Adalah diketahui bahawa PSG adalah kelab yang dimiliki oleh konsortium dari Qatar yang merupakan negara beragama Islam.

Arsenal tersingkir dari UCL di peringkat separuh akhir selepas kalah dalam dua pertemuan dengan PSG.

Arsenal kalah 1-0 di Emirates, kemudian kalah lagi 2-1 di Parc des Princes.

Tidak tahan dengan sorakan penyokong PSG yang meraikan kejayaan pasukan mereka, peminat tersebut dilihat melaungkan kata kata rasis ‘Muslim Pengganas’.

'Koyak' Tak Pergi Final UCL, Penyokong Arsenal Rasis Hina Islam

Dia juga dikatakan telah menyebut: ‘Diam kamu mulut Muslim yang kotor.’

Ianya membuatkan peminat bola sepak seluruh dunia dan penyokong Arsenal beragama Islam sendiri marah dengan lelaki tersebut.

Arsenal ambil tindakan

Kini kelab Arsenal akui sudah sedia maklum tentang perkara tersebut dan sedang mengambil tindakan ke atas penyokong yang rasis itu.

Bukan itu sahaja Arsenal juga kecewa penyokong itu turut menggunakan ejekan berbaur h***fob*k – yang melanggar polisi dan pendirian kelab tersebut.

Arsenal berkata: “Kami mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk diskriminasi perkauman dan hom*f*bik. Perilaku seperti ini langsung tidak mencerminkan nilai-nilai yang kami junjung di Arsenal.”

Kelab itu turut memaklumkan bahawa mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengenal pasti individu yang terlibat, dan berikrar akan mengambil “tindakan paling tegas yang mungkin.”

Ini bukan kali pertama kelab itu terpalit dengan isu sedemikian. Ketika perlawanan pertama sebelum ini, beberapa penyokong juga dilaporkan membuat bunyi dan isyarat seperti monyet kepada pemain PSG – satu lagi insiden yang kini sedang disiasat.

Pihak berkuasa bola sepak serta badan pemantau diskriminasi menyeru agar tindakan segera dan hukuman berat dikenakan terhadap mereka yang terlibat, dalam usaha mengekang penyebaran kebencian dalam sukan.

Sumber