Penyokong Arsenal bersolidariti untuk Mark Bonnick yang dipecat kelab itu kerana pendiriannya menentang keganasan di Gaza.
Mark Bonnick tak menyesal
Mark Bonnick tidak menyesal bersolidariti untuk Palestin. Walaupun tindakannya itu telah membuatkannya dipecat oleh Arsenal.
Arsenal Pecat Kitman Yang Dah Berkhidmat 20 Tahun Kerana Nyatakan Sokongan Terbuka Kepada Palestin
Sebelum ini, The Guardian melaporkan bahawa kitman yang sudah berkhidmat 22 tahun itu telah dipecat oleh Arsenal kerana bersuara tentang isu kemanusiaan di Palestin yang dianggap bertentangan dengan polisi kelab.
Mark Bonnick berkata: “Saya tidak menyesal menyuarakan solidariti untuk Palestin.
“Saya sudah bekerja di Arsenal sejak musim 2001/2022 lagi. Dan dipecat padan 202. Jadi saya bertugas selama 22 tahun.
“Saya bercakap di Twitter tentang Palestin seperti mana saya lakukan sejak bertahun tahun lamanya. Mungkin sejak 2014 lagi, iaitu saat pertama kali saya membuka akaun Twitter.
“Dan saya digelar anti semitik – saya bersumpah – ada seseorang gelar saya Neo-naz*. Dia kemudian mendapat tahu tempat saya bekerja. Lalu dia memberitahu semua orang bahawa saya bekerja di Arsenal.
“Kemudian saya diserang dengan buli siber. Dia ugut saya untuk melaporkan saya kepada FA England, Polis dan kelab Arsenal. Atas alasan saya adalah seorang antisemitik. Dan dia benar benar melakukannya.
“Dia juga pergi kepada akhbar. Saya nak tahu, di mana kenyataan saya yang menyinggung orang ramai?
“Siasatan dijalankan dan mendapati tak ada pun kenyataan saya yang antisemitik. Saya hanya dianggap bersikap teruk.
“Kemudian saya telah menyebabkan kelab terkena tempias, kerana saya dituduh bersikap ofensif dan provokatif.
“Adakah mereka rasa saya seorang rasis atau antisemitik.
“Saya terpaksa bekerja di tapak pembinaan, nasib baik kawan saya yang baik hati menolong. Namun saya dah terlalu tua untuk kerja berat. Saya tidak larat. Namun saya boleh bekerja sebagai kitman di Arsenal sehingga usia 70 tahun – seperti yang saya rancang.
“Dan sekarang saya benar benar sukar untuk bekerja sebagai buruh kasar.
Bonnick mengakui apa yang berlaku kepadanya membuatkan dia agak hilang minat ke atas bola sepak dan tidak lagi pergi menonton atau datang ke stadium pada hari perlawanan.
Dia menambah: “Saya tidak menyesal bercakap tentang Palestin. Tidak sama sekali.
“Saya sangat tidak selesa melihat apa yang Israel masih dibenarkan bertanding dalam arena sukan antarabangsa. Kita pernah tengok Afrika Selatan dahulu kena tendang kerana dasar apartheid. Namun Israel masih lagi ada.
“Rusia sebelum ini kena tendang sebab negara mereka menceroboh Ukraine secara haram.
“Namun nampak seperti ianya okay untuk Israel menceroboh jiran mereka dan merampas rumah mereka.
“Saya rasa isu ini bukan berkaitan Palestin semata mata. Ini berkaitan kemanusiaan, ada perkara yang tidak kena. Jadi kamu harus bersuara apabila melihat perkara tidak betul.
“Semua orang berdiam diri tentang perkara ini. Apabila kamu nak bersuara, mereka halang kamu.
“Ianya perbuatan ofensif jika membunuh orang atau menikam orang lain, apartheid.
“Kita lantang mengutuk Afrika Selatan, kenapa kita berdiam diri untuk Israel.
“I don’t regret speaking out about Palestine.”
Speaking to Middle East Eye, Mark Bonnick, former kit man for Arsenal FC, explains how he was dismissed from the football club for speaking out for Palestine pic.twitter.com/cfGez2QXC0
— Middle East Eye (@MiddleEastEye) May 20, 2025
“Saya anak bongsu daripada 6 adik beradik. Saya tinggal di rumah 3 bilik tidur, kami diajar untuk bangkit menentang buli, dan menjaga orang yang lebih kecil.
“Saya rasa, dari sinilah tindakan saya itu bermula. Saya berpendapat, bersuara untuk Palestin, sebahagian daripadanya datang daripada itu. Saya tak suka dengan buli, ketidakadilan..
“Dengan mengheret Arsenal ke mahkamah, saya nak capai kestabilan, mengenalpasti di mana kesilapan mereka, membersihkan nama saya. Dan menyedarkan orang ramai bahawa, mereka juga boleh bersuara
“Dan Arsenal atau buli siber dan [organisasi] Never Again, nanti kita akan dengar apa yang akan mahkamah katakan.
“Mesej saya buat kelab bola sepak Arsenal, juga untuk penyokongnya. Sepatutnya kita bersuara.
“Arsenal sebelum ini bersuara tentang jenayah menggunakan pisau, Kick It Out, No More Racism. Namun mereka tidak mahu bercakap tentang Israel. Dan apa dah jadi? Bersuaralah.
Penyokong Arsenal sokong Mark Bonnick
Penyokong Arsenal mengadakan solidariti buat Mark Bonnick di luar Emirates.
Mereka mengecam tindakan kelab yang menurut mereka memalukan.
Penyokong Arsenal kecewa dengan kelab yang sekali lagi memecat staf mereka dengan alasan pelik.
Sebelum ini Arsenal pernah memecat jurulatih pasukan wanita mereka kerana mengetahui bahawa dia seorang autistik.
Only just reading about Mark Bonnick right now, but can’t say I’m too surprised with this club, we are the ones that have this women in charge of the womens team. Not to mention we’re trying to renew the contract of #5, less and less classy as the days go by tbh. pic.twitter.com/cDUzTfKWo8
— 🔄 (@ArsenalRefresh) May 16, 2025
Peminat Arsenal lain mengancam akan berhenti menyokong Arsenaal jika Mark Bonnick tidak dikembalikan semula ke jawatannya di Arsenal.
Michael berkata: “Jika ini adalah alasan Mark Bonnick dipecat, saya akan berhenti sokong kelab yang saya dah sokong sejak 21 tahun. Dan saya berharap kamu tak akan menang piala dalam 20 tahun lagi.”
Me too. Boycott @Arsenal
— Tamara Jawad Shami (@Tamarajawad) May 20, 2025
Mereka benar benar kecewa dengan pemilik Arsenal dalam isu ini. Sebelum ini Arsenal pernah mengenakan tindakan ke atas Ozil kerana bersuara isu kemanusiaan. Dan kini kitman pula yang kena.