Semalam Malaysia berjaya melayakkan diri ke Piala Asia 2023 secara merit selepas menumpaskan Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil di hadapan lebih 50,000 penonton yang hadir.

Bagaimanapun, apa yang menarik mengenai pertembungan kedua negara ini semalam adalah para penyokong lawan yang rata-ratanya adalah pekerja asing yang bekerja di beberapa sektor perkhidmatan di negara ini.

Dalam satu ciapan Harimau Malaya, laman berita yang sering memaparkan laporan terkini bola sepak di Malaysia, tular satu video temuramah di antara Harimau Malaya dan seorang penyokong Bangladesh.

https://twitter.com/harimaumalaya7/status/1535664701736034304

Video yang kini sudah ditonton lebih daripada 20,000 kali itu menunjukkan seorang penyokong Bangladesh yang dipercayai bekerja di Malaysia dan fasih berbahasa Melayu.

Ketika ditanya adakah dia sering menonton bola sepak, tanpa segan silu beliau mengaku sering ke stadium bagi menyokong pasukan Selangor.

Pengakuan beliau itu diterima dengan sorakan dari wartawan yang menemuramah beliau sambil dilabel sebagai ‘penyokong naturalisasi Selangor’.

Video yang kini diciap lebih 300 kali itu berjaya menarik perhatian penonton. Rata-rata yang memberi komen kagum dengan kemahiran berbahasa Melayu beliau.

Untuk rekod, kemenangan dengan Bangladesh semalam meletakkan Malaysia sebaris dengan kuasa bola sepak Asia yang lain apabila melayakkan diri ke kejohanan Piala Asia.

Ia juga menamatkan kemarau lebih 40 tahun gagal layak secara merit ke Piala Asia selepas menumpaskan Bangladesh dengan keputusan empat gol berbalas satu.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia mengumpul enam mata sekali gus muncul antara lima naib juara terbaik yang layak ke kejohanan pada tahun hadapan.

Baca kisah seorang warganegara Bangladesh yang hidup di Malaysia selama 10 tahun. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Baca Kisah Seorang Warganegara Bangladesh Yang Hidup Di Malaysia Selama 10 Tahun.

2 Bulan Di Bangladesh, 5 Sebab Kenapa Negara Ini Indah Dan Dekat Di Hati Saya

Ribuan Pekerja Bangladesh Tunjuk Perasaan Di Dhaka, Desak Mahu Pulang Ke Malaysia