Baru-baru ini tular satu klip video di mana seorang warga Bangladesh mendakwa telah membeli sebuah motosikal milik seorang anggota polis pada harga RM1,500.
Video tersebut telah menjadi tanda tanya netizen dan ramai mempersoal bagaimana warga asing itu boleh mendapatkan motosikal tersebut.
Baca Juga:
- Rider Terpaksa Jalan Kaki Selepas Motosikal Disita, JPJ Tampil Jelaskan Sebab Tindakan Diambil Terhadapnya
- Tawarkan Makanan Dan Penginapan Percuma Kepada Geng RXZ Terkandas, Keprihatinan Warga Terengganu Dipuji Ramai
- Motosikal Hilang Di Selayang, Jumpa Semula Di Kuching Selepas 12 Tahun
@mykhabar BELI MOTO DENGAN POLIS JADI TAK PERLU KE ADA LESEN DAN ROADTAX KALAU BAWA ATAS JALAN RAYA ?
Sehubungan dengan itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengeluarkan satu kenyataan mengesahkan motosikal itu milik anggotanya yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, di sini.
Memetik kenyataan rasmi Facebook Polis IPD Sepang, semakan mendapati pemilik motosikal itu telah menghantar kenderaan itu untuk dibaiki di sebuah kedai bengkel.
“Akibat terlalu lama tidak diambil di bengkel, warga asing tersebut kemudian meminta untuk membeli motosikal itu.
“Lalu pihak bengkel menghubungi pemilik dan bersetuju untuk menjualnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Wan Kamarul Azran berkata, pihak telah mengeluarkan saman kepada lelaki itu atas kesalahan menunggang tanpa lesen mengikut Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
PDRM turut menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang jalan raya demi keselamatan diri, keluarga dan pengguna jalan raya yang lain.
Sebarang ketidakpatuhan akan diambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan 1987 atau Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan.