Penyokong Manchester United jelas tidak berpuas hati dengan keputusan pengurusan tertinggi kelab tersebut untuk menaikkan harga tiket bagi musim 2025/26.
Pengumuman bahawa peningkatan hingga lima peratus itu jelas tidak boleh diterima oleh para penyokong The Red Devils kerana ini merupakan tahun ketiga berturut-turut harga tiket dinaikkan.
Baca Juga:
- Manchester United Bakal Tinggalkan Old Trafford, Pindah Ke Stadium Kapasiti 100,000
- Manchester United Pertimbang Pecat Lagi 200 Kakitangan Sebagai Langkah Penjimatan
- Manchester United Akan Turun Menentang Asean All Stars Di KL
Badan yang mewakili penyokong iaitu ‘The Manchester United Supporters Trust’ telah mengeluarkan kenyataan mengenai keputusan kelab tersebut.

Malah, mereka turut menegaskan bahawa harga tiket sepatutnya dibekukan dan bukannya dinaikkan lagi oleh pengurusan kelab.
Hakikat itu pastinya membakar lagi api kemarahan dalam kalangan peminat dimana skuad United pada ketika ini hanya berada dikedudukan ke-13 dalam English Premier League (EPL) 2024/25.
Penyokong Manchester United Kecewa
“Selama beberapa bulan, kami telah berdebat panjang lebar bahawa kelab perlu melihat gambaran besar dan membekukan harga tiket untuk musim depan.”
“Kelab-kelab lain sudah pun melakukannya, dan di United, ini akan memberikan mesej yang kuat tentang keperluan untuk semua pihak bekerjasama bagi mengeluarkan kelab daripada kedudukan yang sangat sukar ini,” ujar wakil penyokong itu menerusi sumber laporan Goal.

Menaikkan harga tiket musim hadapan adalah langkah terbaru yang nyata tidak popular diambil oleh Sir Jim Ratcliffe dan INEOS.
Sebelum ini, United telah bertindak tegas dalam memberhentikan ratusan pekerja dan mengurangkan kos dengan pelbagai cara dilakukan dalam usaha untuk meningkatkan kewangan kelab.