Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui kekalahan di tangan Manchester United pada aksi ke-16 Liga Perdana Inggeris (EPL) 2024/25 tempoh hari meruntuhkan keyakinan anak buahnya.

Mendahului menerusi Josko Gvardiol, Manchester City terpaksa menelan kepahitan apabila Bruno Fernandes dan Amad Diallo menjaringkan gol lewat permainan untuk menang pada ‘Derbi Manchester’ itu.

Baca Juga:

Ia merupakan kekalahan keempat dialami The Cityzens dan kemudiannya Aston Villa menambah duka mereka juga dengan keputusan 1-2.

Namun, pengendali kelahiran Sepanyol itu mungkin sedikit lega selepas skuad kendaliannya menang ke atas Leicester City 2-0, malam tadi.

“Begitu banyak hari tanpa kemenangan apabila kami sudah biasa dengan keadaan ini. Ia satu kelegaan. Persembahan kami bukan yang terbaik, Leicester bermain dengan baik.”

“Saya gembira dengan keputusan ini untuk pemain, komitmen mereka untuk berada di sini,” ujar Pep Guardiola menurut sumber laporan Goal.

“Kami tidak dapat bertahan selama 90 minit, hari ini kami membuktikan itu sekali lagi. Komitmen dan fizikal. Bebaskan fikiran kami sekarang dengan mendapatkan keputusan. Kami jauh untuk memenangi Liga Perdana.”

“Kami terima bahawa sudah tiada peluang untuk itu tetapi kami mempunyai perkara lain untuk diperjuangkan. Piala FA, empat teratas dan kemenangan dalam perlawanan amat membantu.”

“Mereka lebih baik daripada kami pada separuh masa kedua. Kami tidak dapat mengekalkan agresif dan tekanan. Kami memang tidak boleh buat masa ini.”

“Ini hanyalah satu perlawanan. Perlawanan menentang Manchester United sangat memberi kesan kepada kami dari segi keyakinan.”

“Perlawanan itu membunuh kami. Perlawanan itu secara mentalnya sangat sukar, kemudian perlawanan sukar menentang Aston Villa dan Everton.”

“Begitulah, kami perlu mencari kemenangan dan itu adalah kehidupan. Kebanyakan pemain sekali lagi membuktikan mereka bersedia untuk berjuang,” tambah Guardiola lagi.

 

Sumber