Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),terdapat lebih 1 bilion perokok di seluruh dunia dan setiap daripada mereka digalakkan untuk berhenti merokok.

Oleh sebab itu, syarikat antarabangsa Philip Morris International (PMI) giat menjalankan penyelidikan berkelas dunia untuk menangani perkara ini di The Cube.

Apa sebenarnya The Cube?

Tapak bersejarah di tepi Tasik Neuchâtel, dikenali sebagai The Cube, adalah pusat pembangunan produk bebas asap PMI. Rekaan serba moden The Cube menggabungkan tiga elemen utama iaitu tanah, angin dan air.

Tapak berkenaan yang berkembang pesat sejak 1925 menjadi tapak penting bagi PMI sejak 1963. The Cube dibina antara 2005 dan 2008, menguatkuasakan visi PMI untuk masa depan tanpa asap.

Apabila ia siap sepenuhnya pada 2009, The Cube menjadi tempat buat 400 saintis bekerja dalam bangunan ini menyelidik dan membangunkan produk bebas asap membabitkan pelaburan berbilion ringgit.

Apa peranan The Cube?

Bahagian dalam The Cube

Sejak ia ditubuhkan, ia berperanan sebagai pusat penyelidikan utama untuk produk bebas asap. Berpeluang untuk melawat sendiri fasiliti ini November tahun lalu, penulis diberi penerangan dan melihat sendiri segala fasiliti yang ada di sini dengan lebih dekat.

Sejarah The Cube berkait rapat dengan visi PMI untuk masa depan bebas asap, di mana produk tembakau konvensional digantikan dengan produk alternatif yang kurang berbahaya. Oleh itu, The Cube menjadi lokasi penting buat PMI merealisasikan impian tersebut dengan menjadikannya The Cube sebagai pusat penyelidikan utama mereka.

Produk alternatif asap mereka, IQOS telah dibangunkan sejak 2014 lagi dan dalam jangka masa satu dekad tersebut, pelbagai penambahbaikan dibuat supaya ia lebih selamat untuk digunakan.

PMI juga telah mendedikasikan satu sudut dalam The Cube untuk para pelawat melihat model prototaip, model pertama dan model terkini mereka supaya para pelawat boleh melihat dan membuat perbandingan.

Pada pandangan sesetengah pelawat ia mungkin hanya sudut pameran biasa tetapi bagi PMI, ia menunjukkan dedikasi dan komitmen syarikat itu dalam menghasilkan produk bebas asap yang selamat di pasaran.

Sepanjang lawatan ke bangunan berkenaan, penulis turut dibawa untuk melawat kilang memproses produk bebas asap yang terletak bersebelahan.

Kilag serba canggih ini turut dibantu robot untuk memudahkan para pekerja di bahagian pembuatan. Setiap robot juga mempunyai nama mereka yang tersendiri!

Mencipta masa depan bebas asap

Selama lebih satu dekad, PMI telah bekerja keras pada penyelidikan dan pembangunan produk bebas asap.

Para saintis di The Cube bekerjasama dalam menghasilkan produk yang kurang memudaratkan kesihatan dan setiap penyelidikan dibuktikan agar ia difahami semua.

Fokus PMI ialah pengurangan bahaya tembakau sejak ia mengisytiharkan komitmennya untuk menjauhi rokok.

Namun untuk berhenti merokok bukan sesuatu yang mudah. Bagi perokok dewasa yang mahu berhenti, produk alternatif bebas asap adalah salah satu alternatif yang mereka boleh cuba.

Berdasarkan data daripada PMI, hampir 30% daripada perokok produk alternatif bebas asap dewasa di Jepun merupakan pengguna IQOS dan penjualan rokok konvensional telah berkurang secara drastik sejak produk tembakau dipanaskan itu dilancarkan di Jepun.

Perokok di negara maju juga sedikit demi sedikit telah bertukar ke produk alternatif. Sekalipun ia tidak bebas sebarang risiko bahaya namun sekurang-kurangnya ia adalah pilihan yang lebih baik untuk orang dewasa.

Mesej PMI juga jelas iaitu; jika anda tidak merokok, jangan bermula, jika anda merokok, berhenti. Jika anda tidak berhenti, tukar.

Dalam kita baru sudah menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan, mungkin ini adalah masa terbaik untuk anda cuba berhenti merokok. Andai anda boleh dan kuat tidak merokok dari terbit matahari hingga terbenam matahari, bermakna anda mampu mengubahnya.