Tindakan polis bantuan di Malaysia mengundang pujian daripada netizen Perancis.

Polis bantuan tersebut hanya melakukan tugasan biasa dilakukannya iaitu membantu seorang OKU yang mahu menaiki tren.

Dan netizen asal Perancis itu memuji kebaikan hati polis bantuan tersebut sambil memberikan penghormatan kepadanya.

Dia menulis: “Seorang anggota polis Malaysia melihat seorang lelaki buta di dalam metro. Lihat apa yang dia lakukan.

“Dia malah membantu lelaki OKU itu duduk di kerusi khas.”

Namun yang menariknya, menurut netizen tersebut, ianya mungkin perkara biasa di Malaysia, namun di Eropah ianya perkara yang luar biasa.

@dimeh493

La Malaisie 🇲🇾, c’est aussi ça… le respect. #Kualalumpur #malaysia #respect #Asie #storytime

♬ Einaudi: Experience – Ludovico Einaudi & Daniel Hope & I Virtuosi Italiani

Seorang warga Malaysia berkata: “Situasi ini perkara biasa di Malaysia, sama ada polis atau orang Malaysia membantu satu sama lain.”

Netizen yang merakam video itu berkata: “Saya faham, namun saya tinggal di Eropah, kami jarang melalui perkara seperti ini. Jadi saya nak kongsikannya.”

Yang lain berkata: “Jika kamu pernah tinggal di Perancis, maka kamu akan faham kenapa kebaikan semudah ini menjadi perkara yang sangat bermakna di mata pelancong.”

malaysia
Foto: Tiktok

Seorang lagi netizen eropah berkongsi pengalamannya di Malaysia:  “Tak kira apa jua keadaannya, mereka [Malaysia] sentiasa ada laluan pantas [fast lane] untuk waga emas, wanita mengandung dan OKU. Ini termasuk di stesen pengakutan awam, di kaunter kerajaan, klinik, hospital dan bank.”

Seterusnya netizen Malaysia turut memberitahu bahawa: “Seperkara lagi, kami sentiasa sedia memberikan tempat duduk kami kepada mereka yang lebih memerlukan. Warga emas, wanita mengandung kesemuanya dilayan dengan baik di sini.”