Baru-baru ini satu video yang dikongsikan oleh Instagram @careta_malaysia telah meraih perhatian ramai di mana ada motosikal menggunakan lorong kanan bersebelahan highway guard rail atau divider.

Dalam rakaman video pendek berdurasi 12 saat itu, ada dua buah motosikal  memotong kereta-kereta menggunakan laluan sebelah kanan yang sedang berhenti dalam kesesakan lalu lintas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Netizen turut berpendapat yang sama, tindakan motosikal memotong dengan laju itu bukan sahaja boleh mengundang kemalangan kepada penunggang terbabit, bahkan pengguna jalan raya lain.

Perkongsian video turut mendapat sokongan daripada netizen, ramai menyatakan perbuatan itu membahayakan keselamatan.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman sendiri apabila pernah melihat penunggang motosikal yang cedera parah terlibat kemalangan selepas melanggar divider pada kelajuan yang tinggi.

Sumber Gambar: Instagram @careta_malaysia
Sumber Gambar: Instagram @careta_malaysia
Sumber Gambar: Instagram @careta_malaysia
Sumber Gambar: Instagram @careta_malaysia 

Orang ramai meminta penunggang motosikal tidak menggunakan laluan itu kerana ia langsung tidak selamat untuk digunakan, divider itu diumpamakan ‘pisau’ yang boleh ‘menghiris dan memotong’ tubuh badan.

Diharap pesanan-pesanan yang dikongsikan orang ramai dapat diambil iktibar oleh para penunggang  motosikal demi kebaikkan semua pengguna jalan raya.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.