Kecoh sejak akhir-akhir ini apabila tular sebuah berita melibatkan seorang ikon permotoran negara yang didakwa menyimpan dan mengugut menyebar gambar lucah bekas kekasih.

Kes yang telah mendapat perhatian pihak polis ini sekaligus turut membuatkan nama Haqiem Stopa yang popular dengan gelaran tersebut menjadi perhatian netizen.

Baca Juga:

Terbaharu, Haqiem Stopa tampil mengaku tidak bersalah atas dakwaan yang diterima di Mahkamah Majistret Selayang. Selain itu, muncul seorang individu menerusi akaun TikTok @Ladyspaint86 yang mendaka dirinya sebagai kakak kepada Haqiem Stopa.

@ladyspaint86

ko nk ttup silap kau kan.ko tunggu aku bukak sume cter lpas tu nnt ko gali lubang dalam dlam pastu ko ttup ya nyah😉Skang ko bagi aku susah.nnt ko tunggu jap.Aku bgi ko senang😊ko nari dlu puas😃#ikonpermotoran #mysiblings❤️💜 #Halloween2022 #HadaLaboCantikGlow #EndlessJourney #BioessenceB5 #familylover #putar selagi boleh

♬ bunyi asal – Lady Paint🫰 – LadysPaint

Wanita ini turut mengakui tahu mengenai kisah sebenar malah beliau sedia memberi sokongan penuh kepada adiknya selain memastikan kisah sebenar diketahui ramai.

Menurut wanita ini, bekas teman wanita Haqiem Stopa dikatakan cuba menganiaya serta menjatuhkan nama Haqiem Stopa selepas mereka tidak lagi bersama.

“Benda tak betul pun sebenarnya. Salah tetap salah. Betul dengan tidak, kita tunggu selepas ini. Aku nak tunjuk hal yang sebenar apa yang aku tahu tapi nanti, benda tak settle lagi. Tak apa, kita jalan dulu bagi dia menari-nari dulu, bergembira sebab apa? Sebab benda yang dia rancang dah berjaya” ulas kakak Haqiem Stopa.

Haqiem Stopa turut mempunyai kebaikan meskipun sering dikecam

Wanita yang kenal Haqiem Stopa dengan lebih dekat ini turut mempersoalkan motif bekas teman wanita Haqiem Stopa yang bertindak untuk menganiaya adiknya. Beliau juga turut menasihati para lelaki di luar sana agar tidak terlalu tergila-gilakan atau percaya seseorang wanita agar situasi yang sama tidak berulang.

Selain itu, Beliau juga turut mengingatkan kepada bekas teman wanita tersebut agar tidak lagi menyebarkan keburukan Haqiem Stopa selepas bertahun-tahun bercinta.

Sebaliknya, Haqiem Stopa didakwa turut mempunyai kebaikan tersendiri dalam membantu orang ramai meskipun sering dikecam oleh para netizen.

Terdahulu, Haqiem Stopa mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan menyimpan gambar dan video lucah bekas teman wanitanya dalam dua telefon bimbit miliknya. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 292(a) dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.